Penasihat ekonomi utama Presiden Donald Trump pula letak jawatan

Penasihat ekonomi utama Presiden Amerika Syarikat , Gary Cohn menjadi individu terbaharu berundur daripada pentadbiran Presiden Donald  Trump. - Foto REUTERS
Penasihat ekonomi utama Presiden Amerika Syarikat , Gary Cohn menjadi individu terbaharu berundur daripada pentadbiran Presiden Donald  Trump.
Cohn dalam satu kenyataan yang dikeluarkan White House  memberitahu ia adalah satu penghormatan untuk beliau berkhidmat kepada negara itu.
Beliau juga yakin dasar ekonomi Trump yang pro-pertumbuhan akan memberi manfaat kepada rakyat Amerika.
Trump dalam reaksinya pula menghargai khidmat dan jasa yang dicurahkan Cohn. 
Tidak dapat dipastikan sebab utama perletakan jawatan  Cohn daripada pentadbiran Trump.
Pemerhati ekonomi berpendapat  pengunduran Cohn mungkin ada kaitan dengan tindakan kerajaan Trump melaksanakan tarif import terhadap besi dan aluminium yang mendapat bantahan Cohn.
Namun khabar angin menyatakan hubungan  Cohn dan Tump tegang  sejak  beberapa bulan lalu.
Pada Ogos tahun lalu, Cohn secara terbuka mengkritik cara  Presiden Trump mengendalikan kekerasan dalam satu tunjuk perasaan di Charlottesville.
Cohn memberitahu   demonstrasi tersebut menyebabkan dia “tertekan” dan mendorongnya untuk menulis surat  letak jawatan, tetapi  mengubah fikiran dan memutuskan untuk terus bekerja.
Cohn meninggalkan Goldman Sachs setelah  dipujuk Trump untuk menjadi Pengarah Dewan Ekonomi Kebangsaan Amerika Syarikat. 
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

