awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
Kerap dilanda banjir, penduduk Kampung Pasir Raja rayu pembinaan masjid baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencabulan Israel di Lubnan: PM Najib Mikati seru sokongan antarabangsa segera

Bernama
Bernama
12/11/2024
09:45 MYT
Pencabulan Israel di Lubnan: PM Najib Mikati seru sokongan antarabangsa segera
Perdana Menteri Lubnan memaklumkan bahawa serangan berterusan rejim Zionis mengakibatkan lebih 3,200 kematian, serta mencederakan lebih 4,000 orang termasuk kakitangan perubatan. - Gambar fail
RIYADH: Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati menegaskan bahawa Lubnan sedang menghadapi krisis luar biasa yang mengancam masa depannya, dengan penderitaan akibat pencerobohan Israel melanggar prinsip utama undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Konvensyen Geneva.
Kenyataan itu dibuat semasa Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam yang diadakan pada Isnin di Riyadh.
Perdana Menteri Lubnan memaklumkan bahawa serangan berterusan rejim Zionis mengakibatkan lebih 3,200 kematian, serta mencederakan lebih 4,000 orang termasuk kakitangan perubatan.
Peningkatan konflik ini memaksa ramai rakyat Lubnan melarikan diri, sekali gus memburukkan lagi cabaran sedia ada yang dihadapi negara itu.
Beliau menyeru sokongan segera daripada masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pencerobohan dan mempromosikan kestabilan yang berkekalan.
Menegaskan semula komitmen Lubnan terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB, Mikati menekankan keperluan memperkukuh kehadiran tentera di selatan, bekerjasama dengan pasukan pengaman, serta memperluaskan kuasa ke atas sempadan Lubnan.
Beliau turut menyeru gencatan senjata di Gaza serta keamanan yang adil dan berkekalan berdasarkan penyelesaian dua negara.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#lubnan
#Najib Mikati
#Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan