awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat

Bernama
Bernama
21/01/2025
02:45 MYT
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Penduduk Palestin melintasi rumah yang musnah di tengah gencatan senjata antara Israel dan Hamas, di Kem Pelarian Jabalia, utara Semenanjung Gaza, pada Isnin. - Gambar Reuters
RAMALLAH (Palestin): Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki dengan membakar rumah, kedai, dan kenderaan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Datuk Bandar Al-Funduq Loui Tayem memberitahu Anadolu, puluhan pendatang haram menyerang rumah dan kenderaan penduduk di pinggir kampung, membakar sebuah kereta dan beberapa kenderaan lain serta merosakkan banyak kedai.
Beliau menggambarkan situasi di kawasan itu sebagai tegang, sambil menambah, "Kami mendengar bunyi tembakan dari semasa ke semasa, tetapi tidak dapat mengenal pasti puncanya."
Stesen radio kerajaan Palestin, Voice of Palestine melaporkan, pendatang haram melakukan serangan ke atas kampung Al-Funduq dan Jinsafut, menyebabkan kerosakan besar termasuk membakar rumah, kenderaan dan premis perniagaan.
Serangan berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu, dengan kekerapan pertempuran dan peningkatan keganasan oleh pendatang Yahudi.
Ketegangan meningkat di Tebing Barat yang diduduki akibat perang Israel di Semenanjung Gaza, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 47,000 nyawa sejak 7 Okt 2023.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, kira-kira 860 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 6,700 cedera akibat tembakan tentera Israel di wilayah yang diduduki.
Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tawanan berkuat kuasa pada Ahad di Gaza.
Pada Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad ke atas tanah Palestin sebagai haram dan menuntut semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dikosongkan. - BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Palestin
#israel serang gaza
#pendatang haram Israel
#serangan Tebing Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan