awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Iran rai perayaan Nowruz

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2024
01:45 MYT
Penduduk Iran rai perayaan Nowruz
Penduduk Iran meletakkan pelbagai elemen di atas meja yang dipanggil 'Haft Seen' untuk merayakan kedatangan musim bunga. - Foto REUTERS
TEHRAN: Penduduk Iran mula berkumpul secara beramai-ramai untuk meraikan tahun baharu Parsi, Nowruz pada Khamis.
Salah seorang penduduk Tehran, Ashraf Abankah berkata, dia berharap tahun baharu akan memberinya kesihatan lebih sihat, banyak kejayaan dan harapan untuk ekonomi yang lebih baik.
Ketika perayaaan ini, penduduk Iran meletakkan pelbagai elemen di atas meja yang dipanggil 'Haft Seen' untuk merayakan kedatangan musim bunga.
"Saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua dan saya berharap bahawa di tahun akan datang, kita akan dilimpahi kesihatan yang baik, kejayaan, kemenangan dan kesejahteraan dalam setiap aspek," katanya.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Nowruz menandakan hari pertama bermulanya musim bunga dan juga ekuinoks musim bunga yang dirai lebih 300 juta penduduk di seluruh dunia.
Tradisi ini bermula ketika agama Zoroastrian purba di mana ahli keluarga berkumpul dan bertukar-tukar hadiah.
Topic Berkaitan
#tahun baharu Parsi
#Nowruz
#musim bunga
#ekuinoks musim bunga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan