PARIS: Penduduk yang kini berusaha membasmi wabak pepijat di Perancis berhadapan risiko meracuni diri sendiri berikutan penggunaan racun serangga haram, menurut pihak berkuasa Paris pada Selasa.
Pemeriksaan mendapati orang ramai menggunakan produk Sniper 1000 EC DDVP yang diharamkan pada 2013, menurut Agensi Kesihatan dan Keselamatan Makanan, Alam Sekitar dan Pekerjaan (ANSES), lapor agensi berita Jerman (dpa).
ANSES melaporkan bahawa 206 orang mengalami keracunan antara Januari 2018 dan Jun tahun ini. Produk itu boleh menyebabkan penyakit apabila tersentuh atau tertelan, bahkan boleh menyebabkan kematian jika dihidu.
Laporan dengan gambar pepijat di pawagam, pengangkutan awam dan kawasan lain tular di media sosial di Perancis pada musim panas.
ANSES melaporkan bahawa penyebaran serangga itu semakin meluas sejak tahun kebelakangan ini. Kira-kira 11 peratus daripada isi rumah terjejas antara 2017 dan 2022, katanya.
Pepijat merupakan serangga yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap hampir kesemua racun serangga dalam pasaran dan boleh dihapuskan menggunakan haba, stim atau pembekuan.
Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan profesional sebagai langkah terakhir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
Laporan dengan gambar pepijat di pawagam, pengangkutan awam dan kawasan lain tular di media sosial di Perancis pada musim panas. - Gambar fail/Reuters/Stephanie Lecocq
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Notre-Dame dibuka semula 7 Dis, lima tahun selepas kebakaran
Katedral Notre-Dame di Paris akan dibuka semula pada 7 Dis, lima tahun selepas kebakaran dahsyat yang menarik perhatian dunia.
Malaysia Airlines umum penerbangan terus ke Paris mulai 2025
Laluan ini akan menggunakan pesawat A350-900, menjanjikan pengalaman penerbangan bertaraf dunia.
Sukan Paralimpik Paris: Seorang ahli delegasi Rwanda hilang
Penganjur Paris 2024 sedang berhubung dengan Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan Rwanda selepas mengetahui kehilangan individu itu.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Paris sekali lagi pukau dengan Sukan Paralimpik 2024 dibuka gemilang
Bandar Paris sekali lagi bermandikan cahaya dengan menampilkan upacara pembukaan yang cukup memukau sempena Sukan Paralimpik Paris 2024.
Amaran jingga di 41 wilayah susulan gelombang haba di Perancis
Cuaca panas melampau terus menjejaskan Perancis yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Paris, kali pertama dalam tempoh 100 tahun.
Debaran warga Perancis menjelang hari mengundi esok
Menjelang hari pengundian Perancis, penduduk di Paris memberi reaksi berbeza mengenai pilihan raya pusingan kedua yang akan berlangsung pada Ahad.
G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris
Meloni berkata idea gencatan senjata Olimpik baharu telah dikemukakan oleh Perancis dalam perbincangan G7.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Paris perketat keselamatan semasa lawatan Biden acara ulang tahun D-Day
Biden akan menyertai acara memperingati ulang tahun ke-80 Pendaratan Normandy dan mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Perancis.