awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan United Airlines dilencongkan ke Washington selepas kecemasan "biobahaya"

Bernama
Bernama
29/07/2024
15:20 MYT
Penerbangan United Airlines dilencongkan ke Washington selepas kecemasan "biobahaya"
Sebuah penerbangan United Airlines terpaksa dilencongkan selepas kejadian "biobahaya" di dalam pesawat menyebabkan anak kapal muntah dan penumpang meminta pelitup muka. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Sebuah penerbangan United Airlines terpaksa dilencongkan selepas kejadian "biobahaya" di dalam pesawat menyebabkan anak kapal muntah dan penumpang meminta pelitup muka, lapor Agensi Anadolu.
Penerbangan 2477 yang dalam perjalanan ke Boston dari Lapangan Terbang Antara Benua George Bush di Houston pada pagi Ahad itu terpaksa mendarat awal di Washington DC supaya pesawat itu dapat menjalani "pembersihan menyeluruh" setelah seorang penumpang jatuh sakit, menurut laporan New York Post pada Isnin.
Keadaan menjadi begitu serius sehingga anak kapal dan penumpang mula merasa tidak sihat, menyebabkan juruterbang meminta lencongan, seperti yang dinyatakan dalam komunikasi radio oleh juruterbang.
Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Washington Dulles dan tiada seorang pun daripada 155 penumpang atau enam anak kapal memerlukan bantuan perubatan, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#United Airlines
#penerbangan dilencongkan
#Washington
#biobahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan