awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengaman PBB terbunuh dalam serangan di utara Mali

Bernama
Bernama
10/06/2023
08:08 MYT
Pengaman PBB terbunuh dalam serangan di utara Mali
Sejak penempatan MINUSMA pada 2013, seramai 190 pengaman telah kehilangan nyawa manakala beratus-ratus lagi cedera akibat "tindakan musuh" terhadap mereka. - Gambar fail/ Reuters
BAMAKO: Seorang pengaman Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (MINUSMA) terbunuh manakala tujuh yang lain cedera parah dalam serangan di utara Mali, lapor Xinhua.
"Saya dengan tegas mengutuk tindakan pengecut terhadap rombongan kami. Kehilangan tragis ini menjadi bukti jelas akan risiko yang dihadapi oleh pengaman kami ketika bekerja tanpa henti untuk membawa kestabilan dan kedamaian kepada rakyat Mali.
"Keselamatan dan perlindungan pasukan pengaman tetap menjadi keutamaan," kata ketua MINUSMA, El-Ghassim Wane.
Beliau berkata bahawa segala usaha akan dilakukan untuk "memperkukuh perlindungan menghadapi cabaran keselamatan yang semakin meningkat di Mali."
Menurut Wane, sejak penempatan MINUSMA pada 2013, seramai 190 pengaman telah kehilangan nyawa manakala beratus-ratus lagi cedera akibat "tindakan musuh" terhadap mereka.
Mandat MINUSMA berlangsung sehingga 30 Jun 2023.
Misi utamanya termasuk menyokong pelaksanaan Perjanjian Keamanan dan Rekonsiliasi di Mali serta membantu peralihan politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengaman PBB
#Mali
#MINUSMA
#pengaman PBB maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan