Skip to main content

Dunia

Pengambilalihan WBD oleh Paramount ditangguh hingga Jun 2027

FILE PHOTO: Paramount and Warner Bros logos are seen in this illustration taken December 8, 2025. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo
Langkah tersebut menyusul selepas mahkamah persekutuan mengeluarkan perintah sekatan sementara (TRO) untuk menangguhkan urus niaga bernilai kira-kira AS$111 bilion (sekitar RM472 bilion) itu. -Foto Reuters
Advertisement

NEW YORK: Proses pengambilalihan Warner Bros. Discovery (WBD) oleh Paramount Skydance ditangguhkan sehingga selewat-lewatnya 1 Jun 2027 bagi memberi ruang kepada mahkamah mendengar cabaran undang-undang berkaitan isu antimonopoli terlebih dahulu, lapor Amanz.

Penangguhan itu dipersetujui oleh Paramount Skydance susulan tindakan undang-undang yang difailkan oleh gabungan 12 peguam negara negeri AS dan Writers Guild of America (WGA), yang mendakwa urus niaga berkenaan boleh menjejaskan persaingan dalam industri media dan hiburan.

Langkah tersebut menyusul selepas mahkamah persekutuan mengeluarkan perintah sekatan sementara (TRO) untuk menangguhkan urus niaga bernilai kira-kira AS$111 bilion (sekitar RM472 bilion) itu.

WBD sebelum ini menjadi sasaran beberapa pihak dalam industri media, termasuk Netflix, sebelum Paramount Skydance muncul sebagai pembida berjaya menerusi tawaran yang lebih tinggi.

Pengambilalihan itu telah menerima kelulusan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Suruhanjaya Eropah, namun masih berdepan cabaran undang-undang di peringkat domestik.

Di bawah persetujuan terkini, Paramount Skydance dan WBD tidak boleh menggabungkan operasi masing-masing sehingga mahkamah membuat keputusan terhadap merit kes tersebut atau sehingga 1 Jun 2027, yang mana lebih awal.

Perhatian industri kini tertumpu kepada jadual perbicaraan yang bakal menentukan sama ada pengambilalihan itu boleh diteruskan atau disekat atas alasan persaingan pasaran.

WGA dan gabungan peguam negara negeri yang mencabar urus niaga itu berkata mereka optimis bukti yang akan dikemukakan di mahkamah akan menunjukkan pengambilalihan tersebut boleh menjejaskan persaingan, pilihan pengguna serta pekerja dalam industri filem, televisyen dan berita.

 

 

Must Watch Video

Advertisement