Skip to main content

Dunia

Pengarah FBI Kash Patel saman The Atlantic atas laporan ‘palsu’ isu alkohol

Patel menafikan semua dakwaan dan mengkritik laporan yang didakwa bergantung kepada sumber tanpa nama. - Foto fail/REUTERS
Patel menafikan semua dakwaan dan mengkritik laporan yang didakwa bergantung kepada sumber tanpa nama. - Foto fail/REUTERS

Advertisement

Advertisement

WASHINGTON: Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Kash Patel, memfailkan saman fitnah terhadap majalah The Atlantic dan wartawannya, Sarah Fitzpatrick, berhubung laporan yang mendakwa beliau mempunyai masalah minum arak sehingga menjejaskan keselamatan negara Amerika Syarikat (AS).

Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah Washington pada Isnin, dengan Patel menafikan semua dakwaan dan mengkritik laporan yang didakwa bergantung kepada sumber tanpa nama.

Beliau menuntut ganti rugi AS$250 juta, sambil menegaskan artikel berkenaan mengandungi dakwaan “palsu dan direka” yang bertujuan merosakkan reputasinya.

Advertisement

Artikel The Atlantic berkenaan memetik lebih dua dozen sumber tanpa nama yang menyuarakan kebimbangan terhadap tingkah laku Patel, termasuk dakwaan mabuk dan ketidakhadiran yang dikatakan menjejaskan operasi FBI.

Pihak White House, Jabatan Kehakiman dan Patel sebelum ini telah menafikan tuduhan tersebut.

Advertisement

The Atlantic pula menyatakan akan mempertahankan laporannya dan menyifatkan saman itu tidak berasas.

Majalah tersebut berkata wartawannya telah menemu bual ramai individu dan memberi perlindungan identiti bagi membincangkan maklumat sensitif.

Kes ini merupakan tindakan undang-undang terbaharu melibatkan tokoh pentadbiran Trump terhadap media, ketika perbalahan antara ahli politik dan organisasi berita terus memuncak di AS.
 

Must Watch Video

Advertisement