PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sedia membuat keputusan berkaitan pengiktirafan terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan sekiranya organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyatakan pendirian berhubung perkara itu.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata setakat ini Malaysia belum membuat sebarang keputusan dan mengambil pendekatan berhati-hati berhubung perkara berkenaan.
"Buat masa ini belum ada proses untuk mengiktiraf (kerajaan Taliban) dan kita tidak terburu-buru," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat tahun baharu 2022 Kementerian Luar (Wisma Putra), di sini, hari ini.
Mengenai bantuan kemanusiaan ke Afghanistan, Saifuddin berkata Malaysia sebelum ini sudah berikrar memberikan US$100,000 kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tujuan itu.
Selain itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia juga telah menghulurkan bantuan kepada Afghanistan, antaranya Global Peace Mission Malaysia (GPM) yang merupakan antara NGO terawal masuk ke negara itu selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Kabul.
Taliban mengambil alih pentadbiran Afghanistan pada Ogos, menamatkan kehadiran tentera AS serta NATO selama bertahun-tahun selain menyaksikan pengunduran Presiden Ashraf Ghani.
Dalam pada itu, Saifuddin dalam amanatnya menyarankan Wisma Putra untuk turut memberi perhatian kepada negara-negara sedang berkembang (emerging countries) atau ekonomi baharu dan tidak begitu terkesan dengan pandemik COVID-19.
Antaranya negara-negara bekas Soviet dan sekitar Laut Caspian.
"Jika terdapat sesuatu yang ada kepentingan kepada negara dan ekonomi boleh kita cadangkan. Contohnya Bangladesh, ramai orang kita anggap ia negara mundur tetapi mereka sebenarnya sudah jadi negara sedang membangun.
"Ada juga beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sedang melihat kepada negara-negara bekas Soviet dan Laut Caspian serta negara-negara kecil yang kita tak pandang begitu penting tetapi mereka (GLC) nampak masa depan negara berkenaan," katanya.
Mengenai Kerangka Dasar Luar Negeri yang dilancarkan pada Disember lepas, Saifuddin berkata pelaksanaan kerangka itu pada tahun ini akan dibuat dengan kerjasama kementerian lain.
"Di peringkat pegawai sudah ada perbincangan contohnya berkaitan diplomasi budaya dengan tiga hingga empat kementerian lain. Perbincangan awal untuk dapatkan cadangan dan maklumat balas," katanya.
Pada tahun ini Wisma Putra juga akan mengadakan persidangan ketua-ketua perwakilan Malaysia untuk berkongsi kerangka berkenaan dan perdana menteri dijangka menyampaikan amanat berkaitan perkara-perkara yang sedang dilaksanakan kerajaan, kata Saifuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
Taliban mengambil alih pentadbiran Afghanistan pada Ogos, menamatkan kehadiran tentera AS serta NATO selama bertahun-tahun selain menyaksikan pengunduran Presiden Ashraf Ghani. - Gambar fail/ Reuters
Faisal Halim mungkin tak dapat beraksi lima atau enam bulan - Shahril
Shahril berkata, tonggak jentera serangan Gergasi Merah itu bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi selepas ini.
Pensyarah wanita disiasat sebar video aib bekas suami
Difahamkan, penahanan dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa berusia lingkungan 60-an bergelar Datuk, pada 28 April lalu.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Malaysia seru kukuhkan perpaduan negara anggota OIC untuk hadapi cabaran dalam Dunia Islam
Malaysia menyeru supaya perpaduan dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diperkukuh bagi menghadapi cabaran yang dihadapi Dunia Islam.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Filem Sheriff cecah kutipan RM44.5 juta selepas 14 hari tayangan
Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof mendapat sambutan luar biasa di pawagam meskipun telah memasuki minggu kedua tayangan di seluruh negara dengan meraih kutipan terkini mencecah RM44.5 juta.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
Malaysia guna hubungan baik pelbagai negara bantu henti kekejaman di Gaza - PM Anwar
Katanya, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka kerana penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan OIC dan Islam.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.