INTERNATIONAL
Penumpang jadi 'hero' tahan siling kabin pesawat runtuh

Kru penerbangan menggunakan pita pelekat untuk melekatkan panel tersebut buat sementara waktu. - Foto Sinar Harian/Agensi
CHICAGO: Penumpang Delta Air Lines berdepan detik mendebarkan apabila mereka terpaksa menahan siling kabin yang runtuh secara tiba-tiba.
Kejadian itu berlaku ketika penerbangan dari Atlanta ke Chicago pada minggu lalu.
Menurut laporan New York Post, pesawat itu sedang berada pada ketinggian kira-kira 9,100 meter di udara sewaktu siling itu tercabut dan memaksa sekumpulan lelaki memegang panel tersebut.
Kru penerbangan kemudiannya menggunakan pita pelekat pada bahagian tersebut bagi melekatkannya buat sementara waktu.Jurucakap Delta Air Lines turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama mereka dan menawarkan pampasan berjumlah AS$100 (RM438) selepas penumpang terpaksa menunggu selama beberapa jam untuk menaiki pesawat ganti ke destinasi.
Susulan video yang menjadi tular, beberapa pengguna menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan penumpang, namun sebahagian mendakwa panel tersebut tidak menjejaskan keselamatan pesawat.
Ia bukanlah kali pertama masalah berlaku melibatkan Delta.
Pada Februari lalu, sebuah pesawat syarikat penerbangan itu mendarat dalam keadaan terbalik di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson, namun kesemua 80 penumpang dilaporkan selamat. - Sinar Harian memetik agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami