awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunjuk perasaan berarak bantah kehadiran Trump di mesyuarat WEF

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2018
05:27 MYT
Penunjuk perasaan berarak bantah kehadiran Trump di mesyuarat WEF
Penunjuk perasaan membakar sepanduk ketika demonstrasi membantah kehadiran Donald Trump di Zurich, Switzerland, 23 Jan, 2018. REUTERS
Ribuan penunjuk perasaan anti-kapitalis berarak di Zurich pada Selasa bagi menyuarakan bantahan terhadap kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke mesyuarat tahunan World Economic Forum (WEF) minggu ini.
Antara lain, penganjur protes menggunakan slogan yang berbunyi "Trump Not Welcome" dan "Smash WEF!"
Trump dijadualkan berucap pada Jumaat di mesyuarat WEF itu, yang merupakan satu perjumpaan tahunan bagi pemimpin korporat dan politik global.
Ia akan diadakan di Davos, di mana sebarang aktiviti protes telah diharamkan.
Penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera, dianggarkan kira-kira 2,000 orang, bergerak ke arah pusat kewangan Zurich, di mana para pekerja bank telah diperingatkan supaya tidak terlibat dengan demonstrasi.
Satu kontinjen Pro-Kurdish turut mengambil bahagian dalam protes di Zurich itu, mempamerkan sokongan terhadap wilayah Afrin yang dikuasai kumpulan Kurdish Syria dan melaungkan slogan menentang Presiden Turki Tayyip Erdogan.
Sabtu lalu, Turki dan sekutu pemberontak Syria melancarkan operasi udara dan darat dikenali sebagai 'Olive Branch' bertujuan menyingkirkan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dari kawasan diduduki majoriti penduduk Kurdish.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Davos
#Donald Trump
#Forum Ekonomi Dunia
#mesyuarat tahunan
#protes
#Syria
#Turki
#WEF
#World Economic Forum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan