awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan kerajaan Amerika Syarikat akan menjejaskan operasi ketenteraan - Mattis

Reuters
Reuters
20/01/2018
06:22 MYT
Penutupan kerajaan Amerika Syarikat akan menjejaskan operasi ketenteraan - Mattis
MATTIS: Kami banyak menjalankan operasi risikan diseluruh dunia dan ini memerlukan dana, maka sudah tentu ia akan dihentikan.
Setiasuaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Jim Mattis menegaskan penutupan pentadbiran kerajaan akan memberi kesan kepada operasi ketenteraan termasuk latihan, penyelenggaraan serta operasi risikan negara itu.
"Aktiviti penyelenggaraan kami mungkin akan dihentikan seketika.
"Lebih daripada 50 peratus anggota termasuk pegawai kerajaan akan diberi cuti sementara.
"Kami banyak menjalankan operasi risikan diseluruh dunia dan ini memerlukan dana, maka sudah tentu ia akan dihentikan," ujar Mattis bagi mengulas pertanyaan mengenai kesan penutupan kerajaan.
Bagaimanapun Jabatan Pertahanan menegaskan penutupan tersebut tidak akan memberi kesan kepada operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Afghanistan dan operasi memerangi militan Daish di Iraq dan Syria.
Mattis, yang berucap semasa sesi soal jawab turut berkata, beliau tidak akan meneruskan lawatannya ke Indonesia dan Vietnam seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Pentagon berkata lawatan Mattis ke Asia tetap akan diteruskan walaupun kerajaan ditutup kerana ia dilihat penting bagi keselamatan dalam negara dan hubungan luar negara.
Kongres Amerika Syarikat gagal mengelak penutupan kerajaan persekutuan sebelum tempoh tamat pada tengah malam semalam waktu tempatan selepas pertemuan yang diadakan antara Presiden Donald Trump dan Ketua Ahli Senat Demokrat, Chuck Schumer menemui jalan buntu.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#dana
#Iraq
#Jim Mattis
#kerajaan
#Ketenteraan
#operasi risikan
#Pentagon
#penutupan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan