Peralihan kepada kewartawanan digital - menerbitkan kandungan melalui platform digital adalah wajar memandangkan akhbar bercetak semakin lenyap pengaruhnya, kata wartawan veteran Thailand.
Pengasas bersama akhbar harian berbahasa Inggeris Thailand, The Nation, yang menghentikan edisi cetaknya semalam, selepas 48 tahun berada di pasaran, Suthichai Yoon berkata berlaku perubahan menyeluruh dalam industri kewartawanan dan peralihan kepada kandungan digital adalah trend dalam industri.
"(Henti edisi cetakan)...Bagi saya secara peribadi, saya sangat sedih kerana saya seorang daripada pengasas akhbar Inggeris, The Nation. Saya adalah pekerja pertama The Nation.
"Seperti yang saya katakan, 10 tahun dahulu, saya telah jangkakan media cetak akan lenyap. Kita harus sesuaikan dan bersedia untuk D-day.
"Tiada pilihan lain bagi media cetak tetapi kita harus beralih kepada kewartawanan digital ini," kata pemimpin media berusia 73 tahun ini kepada Bernama.
Pengasas bersama Nation Multimedia Group (NMG) ini berkata media cetak yang menerima perubahan ini akan dapat bertahan dalam era kewartawanan digital yang mencabar ini.
"Jika anda bagus dalam media tradisional dan jika anda tahu bagaimana untuk mempelajari kemahiran baharu, anda akan dapat menguasai kewartawanan digital juga.
"The Nation kini beralih ke arah itu...The Nation akan beroperasi dalam talian dan tiada lagi edisi cetak. Ini akan menjadi trend akhbar lain untuk beralih kepada kandungan online," kata bekas pengerusi Nation Multimedia dan ketua pengarang.
Selepas hampir lima dekad, The Nation menerbitkan edisi cetakan terakhir, pada Jumaat.
Dalam edisi terakhirnya, akhbar harian itu menerbitkan editorial khas pada muka hadapan akhbar itu bertajuk, A New Beginning at 48 menyatakan ia melakukan perubahan, beralih ke wadah digital sepenuhnya.
Ia berjanji untuk terus menyajikan berita berkualiti tinggi meliputi perniagaan, politik, gaya hidup, teknologi, sukan dan seni yang turut mengandungi imej, infographic, klip video, podcast dan kandungan lain.
Suthichai yang mengikuti rapat media digital, bersara daripada Nation Multimedia Group pada Januari tahun lepas, aktif mengendalikan temu bual harian di Facebook Live dengan ahli politik, pakar dan selebriti mengenai pelbagai isu, termasuk Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau turut memulakan media digitalnya sendiri yang dikenali sebagai Kafedam (Kopi Hitam) Media Group.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019
Selepas hampir lima dekad, The Nation menerbitkan edisi cetakan terakhir pada Jumaat, 28 Jun, 2019. Twitter @nationnews
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Adex akhbar 2Q24 merosot ke paras terendah, kini tinggal 12.2% bahagian pasaran - Kenanga Research
Menurut firma penyelidikan itu, pada suku pertama 2016 (1Q16), adex untuk akhbar pernah mencecah 52.5% bahagian pasaran.
Media cetak mampu bertahan untuk tempoh sedekad lagi atau lebih - Wartawan veteran
Aspek mampu bertahan yang dimiliki akhbar amat penting berbanding sifat tidak kekal kewartawanan dalam talian.
New Sabah Times melabuhkan tirai
Penurunan mendadak dalam edaran akhbar dan hasil iklan adalah sebab utama penutupan syarikat itu.
Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis
Sivamurugan berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan akhbar tersebut boleh diterima sekali gus menjadi media pilihan golongan muda.
KLWBC2020: Akhbar dan sastera
Penganjur aktiviti sastera dan bahasa juga wajar menyediakan bajet promosi dengan menaja terutama BH Ahad dan mengedarkan dalam majlis sastera yang dianjurkan.
Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Dr Mahathir ucap terima kasih pada media
Tun Dr Mahathir hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media, kerana telah menyumbang kepada menjadikan dunia lebih baik.
Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran
Syarikat akhbar itu disaran mencari alternatif lain lantaran keputusan itu melibatkan kebajikan pekerja.
Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti
Dr Shahrul Nazmi Sannusi yakin sesebuah akhbar itu mampu bertahan sekiranya kandungan yang diterbitkan itu berkualiti.
Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah
Industri media cetak di negara ini masih mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan
Bekas pekerja akhbar milik Samy Vellu tuntut gaji, pampasan RM1.36 juta
Mereka juga mendakwa Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran gagal membela nasib mereka.