PARIS: Perancis pada Jumaat mendesak keganasan yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dihentikan.
"Keganasan yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat mesti dihentikan dan pihak berkuasa yang berkaitan perlu segera mengambil tindakan terhadap mereka yang melakuan keganasan itu kerana mereka mesti bertanggungjawab atas tindakan mereka...," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Perancis.
Perancis juga menggesa semua pihak untuk mengelak daripada terus melakukan provokasi dan tindakan unilateral.
Menurut kenyataan itu Perancis komited untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa di wilayah yang diduduki Israel dan penempatan di tanah ini adalah haram.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan konflik yang memuncak di Tebing Barat sejak Selasa lalu yang menyaksikan lima rakyat Palestin terkorban.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Upacara pengebumian dua beradik Dafer dan Jawad Remawi yang terkorban susulan konflik yang memuncak di Tebing Barat sejak Selasa lalu. - Foto REUTERS

PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan hadapi banjir - Acryl Sani
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

AWANI Ringkas: Pemimpin dapat kuasa, jangan susahkan rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Politik | Jangan susahkan rakyat ketika ada kuasa - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka ada kuasa. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat yang terdiri pelbagai kaum.

Belanjawan 2023: Pemilikan rumah mampu milik antara hasrat golongan belia - Ahmad Maslan
Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

10 rakyat Palestin terkorban dalam operasi serbuan Israel
Ia merupakan hari berdarah buat warga Palestin di Tebing Barat ketika serbuan diadakan di kem pelarian yang sesak di bandar utara Jenin.

OIC kecam pencabulan berterusan Israel ke atas Al-Aqsa
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa mengecam pencabulan berterusan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan menggesa usaha ke arah melindungi Al-Quds Al-Sharif.

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar masjid itu pada Selasa.

Lagi remaja Palestin dibunuh tentera Israel
Mangsa dikenali sebagai Adam Essam Shaker Ayyad, berusia 15 tahun dan meninggal dunia selepas ditembak di bahagian dada oleh tentera Israel.

OIC sambut baik PBB lulus resolusi mengenai pendudukan Israel
OIC memuji pendirian negara-negara yang menyokong resolusi itu yang menyaksikan komitmen tegas mereka terhadap undang-undang antarabangsa.

Netanyahu berjaya tubuhkan kerajaan campur
Bakal Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pada Rabu malam bahawa beliau berjaya membentuk kerajaan campuran baharu.

Konflik Israel-Palestin: Angka kematian tertinggi setakat tahun ini - PBB
Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Timur Tengah pada Isnin mendedahkan bahawa lebih 150 rakyat Palestin dan lebih 20 warga Israel telah terbunuh dalam konflik Israel-Palestin pada tahun ini.

Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis
Liga Arab mengecam peningkatan kempen "sistematik" Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin serta mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam dan Kristian

Palestin minta siasatan antarabangsa berhubung pembunuhan seorang gadis oleh Israel
Jana Zakarneh meninggal dunia pada Ahad selepas ditembak tentera Israel ketika melakukan serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat.

Israel musnahkan masjid di Hebron
Tentera Israel dilaporkan memusnahkan sebuah masjid di kompleks Khallet Taha, barat daya Hebron yang merupakan lokasi utama tempat ibadah umat Islam Palestin.