awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis keluar amaran ekoran suhu melebihi 40 darjah Celsius

Bernama
Bernama
12/08/2025
10:16 MYT
Perancis keluar amaran ekoran suhu melebihi 40 darjah Celsius
Perkhidmatan cuaca negara, Meteo France menggesa orang ramai di kebanyakan wilayah supaya mengambil langkah berjaga-jaga pada Selasa. - AP
PARIS: Gelombang haba dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius mendorong pihak berkuasa Perancis mengeluarkan amaran tahap tinggi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perkhidmatan cuaca negara, Meteo France menggesa orang ramai di kebanyakan wilayah supaya mengambil langkah berjaga-jaga pada Selasa.
Sebanyak 14 wilayah kini berada di bawah amaran merah, iaitu kategori tertinggi untuk gelombang haba, manakala 64 lagi diletakkan pada tahap amaran jingga.
Menteri Kesihatan Catherine Vautrin berkata hospital-hospital telah diarahkan bersiap sedia menerima pesakit yang terjejas akibat suhu melampau.
Gelombang haba itu juga menyebabkan peningkatan paras ozon dan kemerosotan kualiti udara di bandar-bandar.
Bagi membantu penduduk menyejukkan badan, bandar Lyon membenarkan sebuah taman dibuka sepanjang malam bagi membolehkan orang ramai tidur di luar, manakala beberapa muzium berhawa dingin dibuka secara percuma untuk memberi kelegaan kepada pengunjung.
Di Bordeaux, sebuah pusat khas dibuka bagi menyediakan tempat perlindungan daripada panas untuk golongan gelandangan.
Kawasan awam seperti metro Paris turut memaparkan amaran, menggalakkan orang ramai minum air secukupnya dan melindungi diri daripada cuaca panas.
Meteo France turut memberi amaran bahawa suhu ekstrem terus mengeringkan tanah dan tumbuh-tumbuhan, dengan kebimbangan khusus terhadap kawasan barat daya yang kini mengalami kemarau luar biasa.
Pada hujung minggu lalu, pasukan bomba berjaya mengawal sebahagian besar kebakaran hutan di wilayah selatan selepas beberapa hari operasi memadamkan api.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#gelombang haba
#cuaca panas
#Perancis
#kesihatan
#ancaman kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan