Perancis lancar kereta kabel bandar pertama di pinggir Paris

Kereta kabel Cable 1 (C1) sepanjang 4.5 kilometer ini dijangka membawa 11,000 penumpang setiap hari menggunakan 105 gondola, mempercepat perjalanan berbanding bas atau kereta. -Foto Reuters
PARIS: Perancis melakar sejarah pengangkutan awam apabila melancarkan perkhidmatan kereta kabel bandar pertama di pinggir tenggara Paris pada Sabtu, menghubungkan kawasan perumahan padat dengan sistem metro utama ibu kota.
Ringkasan AI
- Perancis melancarkan perkhidmatan kereta kabel bandar pertama di tenggara Paris, menghubungkan kawasan perumahan padat dengan sistem metro utama ibu kota.
- Kereta kabel Cable 1 (C1) sepanjang 4.5 kilometer ini dijangka membawa 11,000 penumpang setiap hari menggunakan 105 gondola, mempercepat perjalanan berbanding bas atau kereta.
- Projek ini menelan belanja sekitar 132 juta euro (RM670 juta) dan merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang untuk memperluas rangkaian pengangkutan awam ke kawasan pinggir bandar yang kurang diliputi.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Presiden Wilayah Île-de-France, Valérie Pécresse, bersama datuk bandar kawasan terlibat.
Beliau menyifatkan projek ini sebagai simbol mobiliti masa depan yang lebih mesra alam dan inklusif.
“Kereta kabel ini bukan sekadar tarikan pelancong seperti di kawasan ski, tetapi penyelesaian praktikal untuk mengatasi kesesakan dan kekurangan akses pengangkutan di kawasan berbukit dan padat penduduk,” katanya.
Perjalanan penuh mengambil masa 18 minit berbanding hampir 40 minit jika menggunakan bas atau kereta.
Laluan ini direka khas untuk menghubungkan kawasan yang sebelum ini terpinggir daripada rangkaian metro, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian dan pelepasan karbon.
Kereta kabel C1 beroperasi setiap 30 saat pada waktu puncak, menjadikannya antara sistem pengangkutan paling kerap di rantau itu.
Ia juga mesra OKU dan boleh diakses dengan tiket pengangkutan awam biasa.
Projek ini menelan belanja sekitar €132 juta (RM670 juta) dan merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang Île-de-France Mobilités untuk memperluas rangkaian pengangkutan awam ke kawasan pinggir bandar yang kurang diliputi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang membuatkan kereta kabel C"ble 1 (C1) di pinggir tenggara Paris begitu istimewa? A: Kereta kabel C1 di pinggir tenggara Paris merupakan perkhidmatan kereta kabel bandar pertama yang menghubungkan kawasan perumahan padat dengan sistem metro utama ibu kota.
- Q: Berapakah anggaran jumlah penumpang yang dijangka menggunakan kereta kabel C1 setiap hari? A: Kereta kabel C1 dijangka membawa 11,000 penumpang setiap hari dengan menggunakan 105 gondola, di mana setiap gondola boleh memuatkan 10 penumpang duduk.
- Q: Bagaimanakah kereta kabel C1 di Paris membantu mengatasi masalah kesesakan dan akses pengangkutan di kawasan berbukit dan padat penduduk? A: Kereta kabel C1 direka khas untuk menghubungkan kawasan yang sebelum ini terpinggir daripada rangkaian metro, membantu mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian dan pelepasan karbon dengan menyediakan akses pengangkutan yang lebih baik.
- Q: Adakah kereta kabel C1 di Paris mesra alam dan inklusif kepada orang kurang upaya (OKU)? A: Ya, kereta kabel C1 di Paris mesra OKU dan boleh diakses dengan tiket pengangkutan awam biasa, menjadikannya lebih inklusif kepada semua lapisan masyarakat.
- Q: Berapakah jumlah belanja yang diperlukan untuk melaksanakan projek kereta kabel C1 di pinggir tenggara Paris? A: Projek kereta kabel C1 di pinggir tenggara Paris menelan belanja sekitar "132 juta (RM670 juta) dan merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang le-de-France Mobilits untuk memperluas rangkaian pengangkutan awam ke kawasan pinggir bandar yang kurang diliputi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

