awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Palestin-Israel: Hamas seru penduduk Gaza kekal berada di rumah

Faida Rahim
Faida Rahim
13/10/2023
07:06 MYT
Perang Palestin-Israel: Hamas seru penduduk Gaza kekal berada di rumah
Kepimpinan Hamas meminta penduduk di utara Gaza agar berdiri teguh dalam menghadapi 'perang psikologi' yang disifatkan sebagai menjijikkan. -Gambar fail/AP
GAZA: Kumpulan Hamas menyeru rakyat Palestin supaya kekal berada di rumah serta tidak tunduk kepada arahan Israel untuk mengosongkan kawasan penempatan mereka dan berpindah ke bahagian selatan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam.
Memetik Al-Jazeera, kepimpinan Hamas bahagian Hal Ehwal Pelarian memaklumkan penduduk di utara agar berdiri teguh dalam menghadapi 'perang psikologi' yang disifatkannya sebagai menjijikkan.
Terdahulu, Israel memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa penduduk di utara Wadi Gaza diarah mengosongkan kawasan penempatan mereka dalam tempoh 24 jam.
Pemakluman itu dibuat oleh Kementerian Pertahanan dan Tentera Pertahanan Israel (IDF) kepada jurucakap PBB Stephane Dujjaric pada tengah malam Khamis waktu tempatan.
Susulan itu, PBB menyeru sekeras-kerasnya agar arahan pengosongan tersebut dibatalkan bagi mengelak situasi semasa menjadi lebih buruk.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya 1,537 rakyat Palestin terbunuh dan 6,612 cedera dalam serangan udara Israel ke atas Gaza, manakala jumlah orang yang terbunuh di Israel mencecah 1,300 orang.
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#PBB
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan