awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbalahan Malaysia-Korea Utara perlu diselesaikan tanpa langkah ekstrem - TPM Singapura

Bernama
Bernama
08/03/2017
22:08 MYT
Perbalahan Malaysia-Korea Utara perlu diselesaikan tanpa langkah ekstrem - TPM Singapura
TEO: Kami memantau rapat perkembangan di sana dengan amat teliti. - Sport Singapore / Action Images via Reuters
Perbezaan pendapat di antara Malaysia dan Korea Utara perlu dibincangkan dan diselesaikan tanpa mengambil langkah-langkah ekstrem, kata Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean.
Beliau mengulas perbalahan di antara Kuala Lumpur dan Pyongyang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, tiga minggu lepas, lapor Channel News Asia.
"Kami memantau rapat perkembangan di sana dengan amat teliti, bukan sahaja di antara Korea Utara dan Malaysia tetapi juga Korea Utara yang begitu aktif melancarkan peluru berpandunya beberapa hari lepas," kata Teo kepada media Singapura itu di Jakarta.
"Saya berpendapat kita perlu menggalakkan Korea Utara supaya bersikap lebih sederhana dalam tindakan yang diambilnya untuk cuba memelihara keamanan dan kestabilan serta keselamatan di rantau kita," kata Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional Singapura.
Teo berada di ibu negara Indonesia itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA) yang berakhir semalam, lapor Channel News Asia.
Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Korea Utara mula terjalin pada 30 Jun 1973 dan terpelihara dengan baik selama lebih empat dekad sebelum berlakunya pembunuhan Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya itu.
Malaysia membuka kedutaannya di Pyongyang pada 28 Feb 2004 dan merupakan negara pertama yang rakyatnya dibenarkan melawat Korea Utara tanpa visa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan
#konflik diplomatik
#Korea Utara
#Singapura
#Teo Chee Hean
#TPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan