INTERNATIONAL
Perbincangan di Riyadh bersifat teknikal, kandungan tidak akan didedahkan kepada umum - Kremlin

Hotel Ritz-Carlton di Riyadh menjadi medan pertemuan delegasi Rusia dan Amerika Syarikat untuk berunding mengenai situasi Ukraine-Rusia. - Reuters
MOSCOW: Delegasi dari Rusia dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan teknikal di Riyadh dan menghantar laporan kepada pemimpin masing-masing, hasil perbincangan tidak akan diterbitkan, lapor Agensi Berita Rusia, memetik Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov.
"Lagipun, ini adalah mengenai perbincangan teknikal," kata pegawai Kremlin itu.
"Teknikal - bermakna perbincangan mendalam, jadi, sudah tentu, kandungan perbincangan ini tidak akan didedahkan kepada awam. Ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dijangka," katanya.
"Pada masa ini, laporan yang dibuat (oleh delegasi) kepada ibu negara mereka sedang dianalisis, dan kemudian ia akan mungkin untuk bercakap tentang sebarang pemahaman," kata Peskov.Terdahulu, pertemuan antara Rusia dan Amerika Syarikat berakhir di Riyadh selepas lebih 12 jam rundingan, di mana isu-isu yang berkaitan dengan penyelesaian konflik Ukraine dibincangkan.
Menurut sumber dalam delegasi Rusia, semua pihak bersetuju dengan kenyataan bersama, yang akan diedarkan oleh Kremlin dan White House. Peserta tidak mengulas mengenai hasil pertemuan itu.
Delegasi Rusia diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Majlis Persekutuan mengenai Hal Ehwal Antarabangsa Grigory Karasin dan penasihat kepada Pengarah Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Sergey Beseda.
Delegasi AS termasuk Pengarah Dasar Perancangan Kakitangan di Jabatan Negara Michael Anton; Pengarah Kanan di Majlis Keselamatan Negara White House, Andrew Peek; Utusan Khas Presiden Trump untuk Ukraine Keith Kellogg dan Penasihat Keselamatan Negara Mike Waltz.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami