Skip to main content

Dunia

Perdagangan Rusia-China dijangka catat rekod tertinggi baharu pada akhir tahun

China and Russia flag waving in the wind against white cloudy blue sky together. Diplomacy concept, international relations. -- Adobe Stock
Dari Januari hingga Julai 2026, perdagangan dua hala mencapai AS$159 bilion, melebihi angka bagi tempoh yang sama tahun lepas sebanyak 26 peratus. - Adobe Stock
Advertisement

KAZAN: Perdagangan antara Rusia dan China dijangka mencapai rekod tertinggi baharu menjelang akhir 2026, kata Duta China ke Rusia, Zhang Hanhui pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama perdagangan dan ekonomi China-Rusia menunjukkan pertumbuhan yang stabil ... adalah amat mungkin rekod tertinggi baharu akan dicapai menjelang akhir tahun ini," kata diplomat itu pada majlis pembukaan forum perniagaan Sprouts di Kazan, Rusia.

Dari Januari hingga Julai 2026, perdagangan dua hala mencapai AS$159 bilion, melebihi angka bagi tempoh yang sama tahun lepas sebanyak 26 peratus, kata Zhang.

Jumlah pelaburan dua hala antara Rusia dan China kekal pada tahap yang stabil, katanya sambil menambah bahawa projek bersama berskala besar dalam industri tenaga, kimia, penerbangan dan angkasa lepas, serta komunikasi, juga sedang dilaksanakan secara konsisten.

Forum antarabangsa Sprouts keempat bertema "Sprouts: Russia and China — Mutually Beneficial Cooperation" berlangsung di Kazan dari 16 hingga 19 Ogos, dengan program perniagaan utamanya bermula pada Isnin.

Tahun ini, pihak penganjur telah menyediakan lebih 50 sesi perniagaan, dengan penyertaan lebih 200 syarikat China dijangkakan.

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement