awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb

Bernama
Bernama
27/12/2024
07:10 MYT
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan kali ini amat signifikan bagi Wong, yang pertama kali membentangkannya sebagai Perdana Menteri sejak mengambil alih jawatan pada Mei lepas.
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan Belanjawan Singapura 2025 di Parlimen pada 18 Feb.
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), kenyataan penuh akan dimuat naik ke laman sesawang Belanjawan Singapura ([www.singaporebudget.gov.sg](http://www.singaporebudget.gov.sg)) sejurus selepas pembentangan.
Pada masa yang sama, kemas kini waktu sebenar mengenai pengumuman utama Belanjawan juga boleh didapati di laman Facebook dan akaun X MOF.
Belanjawan kali ini amat signifikan bagi Wong, yang pertama kali membentangkannya sebagai Perdana Menteri sejak mengambil alih jawatan pada Mei lepas.
Pembentangan ini juga dilihat penting menjelang Pilihan Raya Umum yang mesti diadakan sebelum November 2025.
Dalam sidang media bulan lalu, Wong berkata kerajaan memberi tumpuan kepada beberapa tema utama untuk Belanjawan 2025.
Ini termasuk strategi ekonomi, peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan pekerjaan untuk pekerja, pendapatan yang lebih baik untuk semua, serta memperkukuh semangat perpaduan dan kesatuan, terutamanya ketika Singapura meraikan ulang tahun ke-60 kemerdekaan (SG60) tahun depan.
MOF kini sedang menjalankan sesi perundingan awam mengenai Belanjawan 2025 melalui pelbagai saluran sehingga 12 Jan 2025.
Belanjawan Singapura disediakan untuk setiap tahun kewangan.
Tahun kewangan bermula pada 1 April setiap tahun dan berakhir pada 31 Mac tahun berikutnya.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#Lawrence Wong
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan