awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergolakan di Sudan: Jutaan penduduk mungkin diancam kelaparan - WFP

Bernama
Bernama
21/04/2023
07:24 MYT
Pergolakan di Sudan: Jutaan penduduk mungkin diancam kelaparan - WFP
WFP terpaksa menghentikan penghantaran bantuan makanan ke Sudan susulan pergolakan itu.
GENEVA: Pergolakan di Sudan boleh menyebabkan berjuta-juta lagi penduduk diancam kelaparan, menurut Program Makanan Sedunia (WFP).
WFP terpaksa menghentikan penghantaran bantuan makanan ke Sudan susulan pergolakan itu.
Menurut kenyataan WFP pada Khamis, sebelum pertempuran tercetus pada 15 April lalu, terdapat jutaan penduduk Sudan yang bergelut dengan isu kelaparan dan pada tahun ini WFP merancang untuk membantu lebih 7.6 juta orang, lapor Agensi Anadolu.
"Pertempuran yang berterusan menghalang WFP untuk menghantar bekalan makanan yang amat diperlukan dan tidak dapat membantu petani meningkatkan pengeluaran gandum...," menurut WFP.
Setakat ini, tiga petugas WFP terbunuh dan dua lagi cedera parah akibat pertempuran itu.
Sekurang-kurangnya 10 kenderaan dan enam trak makanan telah dicuri.
Selain itu, rumah tamu, pejabat dan gudang WFP di bandar Nyala di Darfur Selatan telah ditawan dan 4,000 tan metrik makanan dicuri.
Justeru, WFP menggesa semua pihak untuk menamatkan pertempuran dan mencapai kesepakatan bagi membolehkan bantuan makanan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WFP
#program makanan sedunia
#Pergolakan di Sudan
#bekalan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan