awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah berkurung di Belanda sehingga 29 April

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2021
00:23 MYT
Perintah berkurung di Belanda sehingga 29 April
Beberapa kelonggaran dijangka diberikan pada 21 April ini termasuk membenarkan restoran dan bar kembali beroperasi. - Foto REUTERS
BELANDA akan terus melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan sekurang-kurangnya sehingga 29 April ini.
Ia meliputi perintah berkurung pada waktu malam serta kawalan pergerakan ketat yang lain.
Sebelum ini, beberapa kelonggaran dijangka diberikan pada 21 April ini termasuk membenarkan restoran dan bar kembali beroperasi.
Kelonggaran ini bagi memastikan sektor perniagaan dapat terus berjalan dan mengurangkan impak ekonomi.
Pada Ahad, Belanda merekodkan lebih 8,000 kes baharu COVID-19, peningkatan kes lebih daripada dua minggu sebelum ini.
Pakar kesihatan sebelum ini mengesyorkan supaya kelonggaran tidak diberikan dalam masa terdekat kerana gelombang ketiga masih belum berada di puncaknya dan ia boleh menular semula dengan pantas pada bila-bila masa.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#kesihatan
#Belanda
#COVID-19
#perintah berkurung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan