Skip to main content

Dunia

Perjuangan Palestin adalah perjuangan paling adil untuk kemanusiaan - Presiden Venezuela

61724384235_Venezuela.jpg
RAMALLAH: Presiden Venezuela Nicolas Maduro berkata bahawa perjuangan rakyat Palestin merupakan perjuangan paling adil untuk kemanusiaan, menurut laporan Agensi Berita Palestin (WAFA).

Dalam ucapannya di "Persidangan Antarabangsa Solidariti Bersama Palestin" yang berlangsung di Caracas, Maduro menegaskan bahawa negaranya akan terus menyokong perjuangan Palestin dengan sepenuh komitmen.

"Jika kita menilai sebab-sebab perjuangan sejak abad lalu untuk mencipta dunia yang adil, perjuangan rakyat Palestin adalah yang paling adil untuk kemanusiaan," katanya.

Maduro turut menegaskan sokongan Venezuela yang tidak berbelah bahagi terhadap hak rakyat Palestin untuk merealisasikan negara mereka sendiri.

-- BERNAMA


Advertisement

Must Watch Video