Skip to main content

Dunia

AS perlu buat "keputusan besar" mengenai Iran - Trump

U.S. President Donald Trump looks on as he speaks to reporters onboard Air Force One, on travel from West Palm Beach, Florida, to Joint Base Andrews, Maryland, U.S., February 16, 2026. REUTERS/Elizabeth Frantz
Trump belum membuat keputusan muktamad mengenai potensi operasi ketenteraan terhadap Iran. - Gambar/ Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) sedang menghadapi situasi "perlu membuat keputusan besar" mengenai Iran, kata Presiden AS Donald Trump pada Jumaat, lapor Xinhua.

"Kita mempunyai keputusan besar untuk dibuat" sama ada mahu menyerang Iran dan pilihan itu adalah "tidak mudah," kata Trump pada satu majlis di Texas.

Advertisement

Sebarang perjanjian dengan Iran mesti memenuhi syarat-syarat Washington, katanya.

"Mereka mahu membuat perjanjian, tetapi mestilah perjanjian yang bermakna," kata Trump. "Saya lebih suka melakukannya dengan cara aman. Tetapi mereka adalah orang yang sangat sukar."

Terdahulu pada Jumaat, Trump memberitahu wartawan bahawa beliau "tidak gembira" dengan cara rundingan nuklear AS-Iran berjalan tetapi belum membuat keputusan muktamad mengenai potensi operasi ketenteraan terhadap Iran.

"Saya lebih suka untuk tidak menggunakan" pasukan tentera AS, "tetapi kadangkala anda terpaksa," tambahnya.

Pentadbiran Trump telah meningkatkan penempatan ketenteraannya di Timur Tengah, menghantar skuadron pejuang tambahan dan menempatkan dua kumpulan tempur kapal pengangkut pesawat di rantau itu.

USS Gerald R. Ford tiba di luar pantai Israel pada Jumaat, menyertai USS Abraham Lincoln, yang telah beroperasi di Laut Arab sejak lewat Januari.

Tehran memberi amaran bahawa sebarang serangan akan mencetuskan serangan balas terhadap pangkalan tentera AS di seluruh Timur Tengah.

Rundingan teknikal tambahan antara AS dan Iran dijadualkan pada Isnin di Vienna.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video