awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peru keluar waran tangkap antarabangsa ke atas bekas hakim

Bernama
Bernama
19/10/2018
04:30 MYT
Peru keluar waran tangkap antarabangsa ke atas bekas hakim
Hinostroza (gambar) didakwa berunding dengan seorang individu dan menerima habuan untuk mengurangkan hukuman ke atas pesalah rogol kanak-kanak. Foto Twitter @Poder_Judicial_
Cawangan Kehakiman Peru meluluskan permintaan Kementerian Awam negara itu supaya mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap bekas Hakim Mahkamah Agung, Cesar Hinostroza yang kini dilaporkan lari ke Sepanyol.
Dalam satu sidang media Perdana Menteri, Cesar Villanueva berkata, pada 7 Oktober bekas hakim itu dilaporkan meninggalkan negara Peru melalui pintu sempadan di utara secara haram.
Dalam satu siri rakaman audio dikeluarkan TV Panorama dan laman web kewartawanan penyiasatan IDL-Reporteros, Hinostroza didakwa berunding dengan seorang individu dan menerima habuan untuk mengurangkan hukuman ke atas pesalah rogol kanak-kanak.
Pada 4 Oktober, Kongres Peru meluluskan pemecatan Hinostroza selain dilarang memegang jawatan awam selama 10 tahun serta dituduh terlibat dalam jenayah terancang.
Susulan itu, Menteri Dalam Negeri, Mauro Medina turut mengumumkan peletakan jawatannya selepas Honostroza berjaya keluar dari Peru.
"Saya menerima peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri kerana perkara itu amat serius. Kami tidak akan mengalah dalam memerangi jenayah rasuah.
"Kami tidak akan berputus asa dalam perjuangan frontal terhadap rasuah," kata Presiden Peru Martin Vizcarra melalui Twitternya.
Vizcarra berkata pihak yang didapati melindungi Hinostroza juga akan berdepan tindakan dan perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka.
Pihak berkuasa mempunyai maklumat mengenai siapa yang melindungi pelaku perbuatan rasuah dan yang menghalang siasatan terhadap kes tersebut, tambahnya.
-- BERNAMA-NNN-ANDINA
Topic Berkaitan
#bekas hakim
#Cesar Hinostroza
#Cesar Villanueva
#lari
#Menteri Dalam Negeri
#peletakan jawatan
#Peru
#Rasuah
#sepanyol
#waran tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan