awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX catat untung hampir AS$8 bilion, bakal lancar IPO terbesar tahun ini
Ziarah Seni MADANI Finas, santuni Shamsul Ghau Ghau
Ribuan penganut Hindu sertai perarakan Thaipusam, suasana meriah di pusat bandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Jepun lakukan pendaratan cemas selepas enjin gagal berfungsi

Bernama
Bernama
11/12/2025
11:15 MYT
Pesawat Jepun lakukan pendaratan cemas selepas enjin gagal berfungsi
Hokkaido Air System percaya insiden itu berkemungkinan besar berpunca daripada pembentukan ais. - Gambar hiasan/ Reuters
TOKYO: Sebuah pesawat penumpang Jepun melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Hakodate di pulau utara Hokkaido pada Khamis selepas satu enjinnya gagal berfungsi sejurus berlepas, lapor media tempatan menurut Xinhua.
Hokkaido Airports Co., Ltd., selaku pengendali lapangan terbang, menerima laporan kerosakan melibatkan Japan Airlines JAL 2823 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Okadama ke Lapangan Terbang Akita, sekali gus mengaktifkan prosedur pendaratan cemas, lapor penyiar awam NHK.
Pesawat berkenaan membawa 26 orang termasuk penumpang dan kru, serta tiada kecederaan dilaporkan.
Rakaman NHK menunjukkan pesawat yang dioperasikan oleh Hokkaido Air System itu mendarat dengan kipas kanan tidak berfungsi pada kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan, manakala beberapa trak bomba berada dalam keadaan bersiap sedia.
Pesawat itu dijadual menjalani pemeriksaan keselamatan, menurut laporan.
Hokkaido Air System percaya insiden itu berkemungkinan besar berpunca daripada pembentukan ais.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#pesawat mendarat cemas
#pesawat enjin rosak
#Japan Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan