awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat patah balik ambil penumpang lewat ke pengebumian bapa

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
02/01/2016
06:59 MYT
Pesawat patah balik ambil penumpang lewat ke pengebumian bapa
Juruterbang itu nekad berpatah balik kerana menyedari Delta Air Lines merupakan syarikat penerbangan yang menyediakan perjalanan terakhir ke Tennesee pada hari tersebut. - Foto AFP
Juruterbang Delta Air Lines telah mengemudi pesawat untuk berpatah balik dan mengambil satu keluarga yang sudah terlepas penerbangan tersebut, lapor The Independent.
Sekiranya juruterbang tersebut tidak bertindak sedemikian, keluarga Short bakal terlepas menghadiri pengebumian bapa mereka.
Keluarga itu mengalami kelewatan penerbangan selama 90 minit di Phoenix dan terpaksa berkejar untuk mendapatkan penerbangan kedua dari Minneapolis ke Tennessee.
Mereka dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian Ray Short yang meninggal dunia Disember lalu akibat kanser paru-paru.
Apabila keluarga tersebut tiba di pintu berlepas, mereka diberitahu oleh staf syarikat penerbangan bahawa mereka sudah terlewat dan menara kawalan tidak akan memberi arahan untuk pesawat berpatah balik.
“Staf itu baru sahaja menghubungi menara kawalan. Dia kata sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan. Menara tak akan panggil pesawat semula. Kakak dan ibu saya menangis, dan sama cuma menjerit,” jelas Rick Short dalam satu temubual dengan stesen televisyen tempatan.
Juruterbang yang masih mengawal pesawat di landasan berkata beliau sempat melihat Short melambai dari balai berlepas bersama keluarga yang sedang bersedih.
Selepas mendapat maklumat dari petugas di balai berlepas tentang keluarga Short, juruterbang itu serta-merta menghalakan pesawat ke balai berlepas.
Tambah juruterbang itu, beliau nekad kerana menyedari Delta Air Lines merupakan syarikat penerbangan yang menyediakan perjalanan terakhir ke Tennesee pada hari tersebut.
Topic Berkaitan
#Delta Air Lines
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan