awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piagam Diraja berusia 355 tahun yang terselamat daripada serangan Blitz dilelong pada harga RM53.2 juta

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2025
00:10 MYT
Piagam Diraja berusia 355 tahun yang terselamat daripada serangan Blitz dilelong pada harga RM53.2 juta
Pembelian itu bertujuan memastikan dokumen bersejarah itu kekal di Kanada dan akan diletakkan di bawah jagaan bersama beberapa muzium dan arkib utama negara. - Foto X/CTV
OTTAWA: Sebuah dokumen bersejarah berusia 355 tahun, Piagam Diraja Syarikat Hudson’s Bay yang pernah terselamat daripada serangan udara Blitz semasa Perang Dunia Kedua, telah dilelong pada harga C$18 juta (RM53.2 juta) di Kanada.
Piagam bertarikh tahun 1670 itu dianggap sebagai salah satu dokumen pengasas Kanada, kerana ia memberikan kuasa luas kepada Syarikat Hudson’s Bay untuk mentadbir wilayah besar yang kini menjadi sebahagian daripada Kanada moden.
Dokumen tersebut dilelong selepas syarikat itu memfailkan kebankrapan pada musim panas lalu.
Dua keluarga terkaya Kanada, keluarga Weston dan David Thomson, pengerusi Thomson Reuters, telah membeli piagam tersebut melalui syarikat masing-masing.
Pembelian itu bertujuan memastikan dokumen bersejarah itu kekal di Kanada dan akan diletakkan di bawah jagaan bersama beberapa muzium dan arkib utama negara.
Menariknya, piagam ini pernah disimpan di sebuah rumah agam luar bandar di United Kingdom semasa Perang Dunia Kedua bagi melindunginya daripada kemusnahan akibat pengeboman Blitz oleh tentera Nazi.
Sebagai sebahagian daripada pembelian, pembeli turut menyumbang C$5 juta (RM14.78 juta) kepada institusi penjaga dokumen tersebut untuk tujuan pemeliharaan dan pendidikan awam.
Penjualan ini masih menunggu kelulusan rasmi mahkamah sebelum dimuktamadkan.
Topic Berkaitan
#Piagam Diraja
#Syarikat Hudson s Bay
#lelong
#dokumen bersejarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan