awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Puluhan ditahan kemenangan Maghribi cetus rusuhan di Brussels

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2022
23:40 MYT
Piala Dunia Qatar: Puluhan ditahan kemenangan Maghribi cetus rusuhan di Brussels
Peminat bola sepak bersorak di Brussels di sebelah sebuah kereta yang terbakar akibat rusuhan yang tercetus. - Foto AP
BRUSSELS: Puluhan individu ditahan di Brussels, Belgium pada Ahad selepas Maghribi mengalahkan pasukan negara itu dalam perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar.
Rusuhan dilaporkan tercetus di beberapa lokasi di ibu negara Belgium itu di mana peminat bola sepak kedua-dua negara bertempur sesama sendiri.
Anggota polis terpaksa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata dalam usaha memulihkan keadaan.
Beberapa kenderaan termasuk skuter elektrik dilaporkan dibakar orang ramai.
"Sekitar jam 7 malam keadaan kembali tenang namun pihak polis masih adakan kawalan di kawasan terlibat.
"Perusuh menggunakan mercun bagi membakar jalan raya dan seorang wartawan dilaporkan cedera di bahagian muka," kata jurucakap polis, Ilse Van de Keere.
Skuad Maghribi mencipta <<remove salah satu>> kejutan dalam saingan Piala Dunia Qatar apabila menewaskan salah satu pasukan pilihan, Belgium 2-1 dalam aksi peringkat Kumpulan F di Stadium Al-Thumama pada Ahad.
Piala Dunia Qatar: Benam Belgium warnai malam penuh indah buat Maghribi
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#rusuhan
#peminat bola sepak
#gas pemedih mata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan