Thailand
BANGKOK: Sekurang-kurangnya dua cedera setelah penyokong kerajaan dan anti kerajaan bertembung di ibu kota Bangkok, kurang 24 jam proses pilihan raya Thailand berlangsung.

Laporan menyatakan penyokong kerajaan menyerang seorang lelaki yang sedang memandu manakala seorang lagi dilaporkan cedera akibat ditembak.

Pergaduhan bermula apabila penunjuk perasaan mula mengepung lokasi yang menempatkan peti dan kertas undi. Ia bagi menghalang kertas undi daripada sampai ke lokasi pengundian. Peti dan kertas undi biasanya dihantar ke tempat mengundi sehari sebelum pengundian. Bunyi tembakan dan letupan kedengaran semasa pergaduhan.

Thailand

Sebelum ini ketua penunjuk perasaan Sunthep Thaugsuban berikrar tidak akan menganggu proses pilihan raya. Namun ia menjadi omong kosong setelah penunjuk perasaan bertindak menutup beberapa pusat pembuangan undi di Bangkok semasa proses pengundian awal.

Keadaan di Bangkok pada Ahad dibimbangi lebih genting kerana penunjuk perasaan secara terang-terangan membawa bersama senjata seperti pistol dan mercun.