awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Pusat bantuan sementara Dewan Sukan Jurong East ditutup

Bernama
Bernama
24/03/2020
04:14 MYT
PKP: Pusat bantuan sementara Dewan Sukan Jurong East ditutup
Singapura menutup pusat perlindungan sementara bagi pekerja Malaysia di Dewan Sukan Jurong East, SportSG,kerana kurang mendapat sambutan. Gambar Reuters.
Dewan Sukan Jurong East, SportSG, sebuah pusat perlindungan sementara bagi menempatkan pekerja yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, telah menghentikan operasinya sejak Isnin.
Menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) republik ini, tempat perlindungan itu yang menyediakan bantuan kepada 30 pekerja Malaysia sejak 17 Mac ditutup berikutan bilangan pekerja memerlukan kemudahan itu yang rendah.
Keadaan ini juga berlaku berikutan kecenderungan sokongan komuniti untuk menempatkan pekerja berkenaan, serta penglibatan Kementerian Sumber Manusia (MOM) dalam membantu majikan mendapatkan tempat tinggal kepada pekerja mereka, katanya dalam laman sesawangnya.
Tempat perlindungan itu ditubuhkan oleh MSF sebagai sebahagian usaha kerajaan Singapura bagi membantu syarikat tempatan yang mempunyai pekerja Malaysia yang terjejas dengan PKP.
BACA: COVID-19: Singapura sediakan penempatan sementara untuk pekerja Malaysia - Wisma Putra
BACA: Pekerja Malaysia di Singapura diberi dua pilihan
Dalam tempoh perintah itu, MSF berkata, MOM dan Pasukan Polis Singapura (SPF) juga telah meningkatkan rondaan bagi mencari rakyat Malaysia yang masih tidak mendapat tempat perlindungan sementara.
Sesiapa yang didapati tidak mempunyai tempat tinggal sementara, MOM akan menghubungi majikan yang berkenaan bagi memastikan mereka menguruskan tempat tinggal kepada pekerja yang terjejas itu dengan segera, katanya.
"Banyak bantuan dihulurkan kepada pekerja yang terjejas oleh komuniti berkenaan termasuk rakan komuniti MSF dari PEERS Network dan perlindungan peralihan," menurut kenyataan kementerian itu.
Malaysia masih melaksanakan PKP di seluruh negara yang bermula dari 18 hingga 31 Mac ini.
Perintah itu dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang merangkumi, antara lain, halangan pergerakan sepenuhnya ke atas semua rakyat Malaysia untuk ke luar negara
Sementara itu, kementerian berkenaan berkata, MOM telah mengingatkan para majikan akan tanggungjawab mereka bagi memastikan para pekerja mereka ditempatkan dalam tempat tinggal yang sesuai.
Majikan yang gagal berbuat demikian akan ditegur dan mungkin dihalang daripada mengambil pekerja asing, katanya.
Pada 17 Mac, kerajaan Singapura mengumumkan bahawa ia akan menyediakan kepada majikan di republik ini dengan bantuan kewangan S$50 semalam selama 14 malam bagi setiap pekerja yang terjejas dengan perintah itu.
Bagaimanapun, PKP dilihat menjejaskan kedua-dua pemegang pas kerja dan rakyat Singapura sendiri serta penduduk tetap yang berulang-alik setiap hari dari Malaysia.
MSF menjelaskan bahawa mana-mana pekerja Malaysia yang masih tidak mempunyai tempat tinggal sementara perlu menghubungi MOM di [email protected].
Kementerian berkenaan berkata, orang ramai yang ingin membantu pekerja yang terjejas itu - berbentuk derma, sukarela untuk menyediakan tempat tinggal kepada mereka - boleh melayari portal SGUnited (www.sgunited.gov.sg) atau Pusat Pekerja Asing (www.mwc.org.sg, 6536-2692).- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Sukan Jurong East
#pekerja asing
#pekerja Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#Singapura
#SportSG
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan