awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Greece digesa adakan pilihan raya segera

Bernama
Bernama
27/08/2022
04:15 MYT
PM Greece digesa adakan pilihan raya segera
Memetik kebimbangan keselamatan negara, Mitsotakis menegaskan bahawa sebab mengapa pengawasan itu dilakukan tidak dapat didedahkan secara terbuka. - Foto REUTERS
ATHENS: Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis pada Jumaat menolak gesaan parti pembangkang supaya mengadakan pilihan raya segera berhubung intipan telefon terhadap seorang pemimpin pembangkang oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (EYP) Greece baru-baru ini, lapor Xinhua.
"Kita akan mengharungi musim sejuk yang sukar ini bersama-sama," katanya semasa perbahasan pleno pertama Parlimen selepas cuti musim panas.
Tempoh empat tahun kerajaan konservatif akan berakhir pada musim panas depan.
Awal bulan ini, pemimpin Greece itu telah menerima peletakan jawatan ketua EYP dan setiausaha agung pejabatnya berikutan pendedahan perbualan telefon antara ahli Parlimen Eropah Nikos Androulakis dan Presiden Gerakan Perubahan (KINAL) dan Pergerakan Sosialis Panhellenic ( PASOK), yang berada di bawah pengawasan tahun lalu.
Mitsotakis mengulangi bahawa beliau tidak menyedari wujudnya pengawasan itu sehingga Ogos lalu dan ia "tindakan yang sah di sisi undang-undang, tetapi tidak boleh diterima daripada segi politik". Beliau berjanji untuk merombak perkhidmatan rahsia berkenaan, dan bersetuju untuk siasatan parlimen kes itu.
Memetik kebimbangan keselamatan negara, Mitsotakis menegaskan bahawa sebab mengapa pengawasan itu dilakukan tidak dapat didedahkan secara terbuka.
Androulakis telah menuntut ketelusan penuh akan mengapa beliau diletakkan di bawah pengawasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kyriakos Mitsotakis
#pilihan raya
#EYP
#intipan telefon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan