BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menjalani pembedahan hernia dengan bius sepenuhnya, kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau.
Netanyahu yang berusia 74 tahun disahkan menghidap hernia semasa pemeriksaan rutin pada hari Sabtu dan dijadualkan menjalani pembedahan semalam (Ahad), kata kenyataan itu lagi.
Pembedahan itu bermakna pemimpin Israel itu akan berehat seketika daripada konflik peperangan di Gaza.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Israel, Yariv Levin, akan memangku tugas semasa ketiadaan Netanyahu.
Dalam sidang akhbar di sini, semalam sebelum menjalani pembedahan, Netanyahu berkata, beliau optimis dengan keputusan prosedur itu dan akan kembali bekerja "dengan cepat."
"Saya memberi jaminan bahawa saya akan melalui rawatan ini dengan berjaya dan kembali bertugas dengan cepat," kata Netanyahu.
Pembedahan itu berlaku di tengah-tengah rundingan baharu antara Israel dan Hamas di Kaherah, menurut laporan media Mesir.
Rundingan untuk mendapatkan pembebasan baki tebusan Israel yang ditahan oleh kumpulan pejuang Palestin, Hamas sebagai pertukaran untuk gencatan senjata dalam konflik yang telah menyaksikan lebih 32,000 rakyat Gaza terbunuh telah menemui jalan buntu minggu lalu.
Ini adalah pembedahan kedua Netanyahu sejak kembali ke jawatan Perdana Menteri pada akhir 2022.
Pada musim panas lalu, jantung Netanyahu disahkan tersumbat dan beliau menjalani pembedahan dengan memasang pemacu jantung (pacemaker).
Pada 2013, Netanyahu juga telah menjalani pembehadan selepas kali pertama disahkan menghidap hernia.
Hernia atau juga dikenali sebagai angin pasang berlaku apabila kandungan dalam satu ruang badan (kebiasaannya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa ia berada.
Kandungan itu biasanya sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia. - Agensi
Agensi
Sun Mar 31 2024
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menjalani pembedahan hernia dengan bius sepenuhnya. - Gambar fail REUTERS
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Blinken akan terus desak Netanyahu
Blinken berkata masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.