awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Sahruddin umum letak jawatan Pengerusi PN Johor
Banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Jepun Abe Shinzo dijangka letak jawatan

Agensi
Agensi
28/08/2020
05:30 MYT
PM Jepun Abe Shinzo dijangka letak jawatan
Abe Shinzo dilapor akan meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan, lapor stesen penyiaran Jepun. - Gambar fail
Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo dijangka mengumumkan peletakan jawatan pada Jumaat berikutan keadaan kesihatan beliau yang membimbangkan.
Spekulasi mengenai kesihatan Abe mula hangat diperkatakan selepas beberapa ahli politik negara itu secara terbuka memaklumkan Abe tidak mendapat rehat yang cukup kerana sering bekerja keras, baru-baru ini.
The Guardian yang memetik NHK melaporkan, timbalan beliau, Taro Asi dijangka memangku jawatan berkenaan, namun pengumuman pengunduran pemimpin itu akan mencetuskan persaingan untuk merebut jawatan itu dalam kalangan ahli Parti Demokratik Liberal (LDP).
Beliau sebelum ini dikatakan berdepan dengan penyakit kolitis ulseratif sejak beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi oleh Abe mahupun pejabatnya.
Abe, 65, ketika memegang jawatan Perdana Menteri pada akhir September 2006, pernah secara tiba-tiba mengundurkan diri daripada jawatannya pada 2007, kerana dilaporkan mengalami komplikasi berkaitan usus.
Dalam pada itu, jurucakap rasmi, Yoshihide Suga memaklumkan beliau bertemu Abe dua kali sehari dan pemimpin itu tidak menunjukan sebarang indikator bahawa beliau dalam keadaan kurang sihat.
"Ia adalah terlalu awal untuk membincangkan mengenai pasca-Abe kerana beliau masih mempunyai tempoh setahun lebih untuk melepaskan jawatan itu (perdana menteri)," katanya.
Seorang lagi ahli veteran LDP, pula memberitahu, beliau tidak dapat membayangkan pemimpin itu berundur.
BACA: Abe Shinzo PM Jepun paling lama berkhidmat
BACA: Shinzo Abe atau Abe Shinzo? Jepun meminta media sedunia tulis begini...
Topic Berkaitan
#Abe Shinzo
#Jepun
#kesihatan
#Perdana Menteri Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan