awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Kanada jumpa Trump Selasa depan, jangka perbincangan “sukar tetapi membina”

Agensi
Agensi
02/05/2025
23:15 MYT
PM Kanada jumpa Trump Selasa depan, jangka perbincangan “sukar tetapi membina”
Perdana Menteri Carney bercakap kepada wartawan pada sidang media di Ottawa, Kanada, pada Jumaat. - Gambar AP
OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Mark Carney memaklumkan kepada media, beliau akan bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di Washington DC pada Selasa depan (6 Mei).
Pertemuan tersebut, jelas beliau, akan memfokuskan kepada isu tarif dan hubungan dua hala antara AS dan Kanada.
“Terdapat dua kelompok isu yang akan dibincangkan. Pertama, isu tarif semasa termasuk tarif sektor tertentu, tarif timbal balik, dan tarif berkaitan fentanyl. Kedua, isu hubungan yang lebih luas antara kedua-dua negara,” kata Carney.
Ketika ditanya bagaimana beliau merancang mengelakkan pertelingkahan terbuka seperti yang berlaku antara Trump dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, awal tahun ini, Carney menjelaskan, beliau menjangkakan perbincangan yang "sukar tetapi membina."
“Saya ke sana (Washington) dengan jangkaan bahawa perbincangan itu akan bersifat membina - sukar, tetapi membina. Itulah semangat perbualan yang telah saya dan Presiden Trump jalankan,” katanya.
Tambah beliau: “Kita hadir ke mesyuarat seperti ini dengan persiapan rapi, memahami objektif rakan sejawat dan sentiasa bertindak demi kepentingan terbaik Kanada.”
Pada Selasa lalu, Carney menegaskan, negaranya “tidak akan sekali-kali tunduk” kepada Amerika Syarikat, ketika mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya Persekutuan yang berlangsung dalam kempen penuh cabaran dengan provokasi berterusan dan tarif perdagangan tinggi dari pentadbiran Trump. - Agensi
Topic Berkaitan
#PM Kanada
#mark carney
#Presiden Amerika Syarikat
#Donald Trump
#tarif Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan