awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Perancis gantung reformasi persaraan kontroversi Macron

Bernama
Bernama
14/10/2025
21:30 MYT
PM Perancis gantung reformasi persaraan kontroversi Macron
Dalam menghadapi tekanan politik dan undi tidak percaya yang dijangka sekurang-kurangnya dua kali minggu ini, Lecornu (gambar) tampil di Parlimen sebagai usaha terakhir untuk meluluskan belanjawan 2026 versi ringkas. - Gambar fail AP
PARIS: Perdana Menteri Perancis, Sebastien Lecornu, pada Selasa mengumumkan penggantungan reformasi persaraan kontroversi Presiden Emmanuel Macron dengan penangguhan kenaikan umur persaraan kepada 64 tahun sehingga Januari 2028, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Draf belanjawan negara dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baharu pada Selasa, dengan matlamat untuk mengurangkan defisit belanjawan daripada 5.4 peratus tahun ini kepada di bawah 5 peratus tahun depan, menurut jurucakap kerajaan, Maud Bregeon.
Dalam menghadapi tekanan politik dan undi tidak percaya yang dijangka sekurang-kurangnya dua kali minggu ini, Lecornu tampil di Parlimen sebagai usaha terakhir untuk meluluskan belanjawan 2026 versi ringkas.
Perdana Menteri terdahulu, Francois Bayrou meletakkan jawatan selepas cadangan belanjawannya ditolak. Presiden Macron melantik lima perdana menteri dalam tempoh kurang dua tahun.
Perancis kini terjebak dalam kebuntuan politik sejak pilihan raya tergempar diumumkan oleh Presiden Emmanuel Macron pada pertengahan 2024, meninggalkan parlimen tanpa majoriti kukuh dan gagal mencapai kata sepakat dalam usaha mengurangkan defisit belanjawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Perancis
#Sebastien Lecornu
#reformasi persaraan
#krisis politik Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan