Skip to main content

Dunia

PM Vietnam gesa ASEAN mainkan peranan lebih besar bentuk norma global

Sumber: AP
Perdana Menteri Vietnam, Le Minh Hung menggesa ASEAN pada Selasa supaya memainkan peranan yang lebih besar dalam membentuk norma global, serta bertindak melampaui sekadar menyertai trend global kepada membantu mencorakkannya. - Gambar AP

HANOI: Perdana Menteri Vietnam, Le Minh Hung menggesa ASEAN pada Selasa supaya memainkan peranan yang lebih besar dalam membentuk norma global, serta bertindak melampaui sekadar menyertai trend global kepada membantu mencorakkannya, lapor Xinhua.

Ketika berucap pada sesi pembukaan Forum Masa Hadapan ASEAN 2026 di ibu negara Vietnam, Hanoi, Hung berkata, ASEAN sepatutnya menjadi pusat dialog, pusat tumpuan kerjasama dan paksi kepercayaan di tengah-tengah perpecahan serta persaingan global yang semakin meningkat.

Beliau menggesa, blok serantau itu untuk berkembang daripada sebuah hab pembuatan kepada hab inovasi, dengan menegaskan bahawa ASEAN bukan sahaja harus menjadi pengguna teknologi tetapi juga penciptanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pelaburan besar dalam bidang sains dan teknologi, inovasi, ekonomi digital serta sumber manusia berkualiti tinggi bagi membina ekosistem teknologi dan digital berpusatkan ASEAN yang mencerminkan nilai serantau sekali gus menyumbang kepada pembentukan piawaian global.

Hung berkata, kejayaan ASEAN sepatutnya diukur berdasarkan peluang yang dicipta untuk golongan muda, peranan yang diberikan kepada wanita, perlindungan yang disediakan bagi kumpulan rentan serta sejauh mana rakyatnya merasai semangat kekitaan terhadap komuniti itu.

--BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement