awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Poland adakan pilihan raya presiden untuk pilih pengganti Andrzej Duda

Bernama
Bernama
18/05/2025
12:15 MYT
Poland adakan pilihan raya presiden untuk pilih pengganti Andrzej Duda
Poland mengadakan pilihan raya presiden pada Ahad bagi memilih pengganti kepada penyandang Presiden Andrzej Duda. - Foto AP/Czarek Sokolowski
WARSAW: Poland mengadakan pilihan raya presiden pada Ahad bagi memilih pengganti kepada penyandang Presiden Andrzej Duda, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Seramai 13 calon termasuk seorang wanita bertanding untuk menggantikan Duda, yang tidak boleh bertanding semula selepas berkhidmat selama dua penggal.
Datuk Bandar Warsaw Rafal Trzaskowski kini mendahului dalam tinjauan pendapat. Calon berusia 53 tahun itu mewakili Gabungan Sivik berhaluan liberal-konservatif yang diketuai Perdana Menteri Donald Tusk.
Trzaskowski yang menjadi Datuk Bandar sejak 2018, mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam pilihan raya presiden 2020 dengan tewas tipis kepada Duda pada pusingan kedua pilihan raya.
Parti Undang-Undang dan Keadilan (PiS) yang disokong Duda menyokong ahli sejarah berusia 42 tahun, Karol Nawrock yang kini berada di tempat kedua dalam tinjauan pendapat.
Slawomir Mentzen pula bertanding mewakili parti berhaluan kanan Konfederasi, namun peluangnya untuk menang adalah tipis.
Pusingan kedua antara dua calon teratas kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh dua minggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#poland
#pilihan raya presiden
#Andrzej Duda
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan