awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis dan penjenayah bergelut dalam keadaan bogel dalam sauna

Agensi
Agensi
02/04/2019
11:31 MYT
Polis dan penjenayah bergelut dalam keadaan bogel dalam sauna
Anggota polis itu tetap berwaspada walaupun ketika hari cutinya. - Gambar hiasan
Budaya mengunjungi sauna sangat popular di Sweden, dan lazimnya pengunjung fasiliti kesihatan itu tidak berpakaian sepenuhnya semasa berada di dalamnya.
Namun sesuatu yang mengejutkan berlaku di Stockholm apabila dua lelaki yang sama-sama bertelanjang bulat di dalam sebuah sauna tiba-tiba saja bergelut dalam aksi yang mencemaskan!
Itu yang terjadi apabila seorang polis yang berada di dalam sauna itu menyedari bahawa seorang lagi lelaki di hadapannya merupakan penjenayah yang lari dari hukuman penjara kerana kesalahan dadah dan juga serangan terhadap orang awam.
“Pesalah itu tidak pernah menjalani hukumannya. Maka, identitinya telah dimasukkan dalam senarai orang yang dikehendaki,” ujar jurucakap polis daerah Rinkeby, Christoffer Bohman, kepada media tempatan.
Kebetulan pula, penjenayah itu mengenali polis berkenaan. Maka, dalam situasi yang amat genting, dan masing-masing berbogel, pergelutan itu terjadi hingga penjenayah itu dapat ditundukkan.
Anggota polis itu menerima pujian kerana keberaniannya menangani situasi berbahaya tersebut dengan tenang dan akhirnya berhasil.
Dalam satu muat naik di Facebook, Bohman berkata, anggota polis tersebut jelas menunjukkan sifat berwaspada meskipun sedang menikmati hari cutinya.
"Amat mudah untuk menangkap penjenayah jika anda lengkap berpakaian dan segala peralatan. Namun polis ini telah menundukkan penjenayah itu dalam keadaan yang tidak punya apa-apa (termasuk pakaian)."
Tambah Bohman: "Kami selalu ada di mana-mana. Walaupun anda tidak melihat kami, kami ada di tempat anda. Yang penting, penjenayah itu kini menjalani hukumannya."
Topic Berkaitan
#penjenayah
#polis
#sauna
#sauna sweden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan