awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Filipina rampas lebih 535,000 mercun menjelang tahun baharu

Bernama
Bernama
31/12/2024
12:30 MYT
Polis Filipina rampas lebih 535,000 mercun menjelang tahun baharu
Polis Kebangsaan Filipina (PNP) merampas lebih 535,000 mercun haram bernilai lebih PHP2.5 juta (AS$45,000) bagi memastikan sambutan malam Tahun Baharu lebih selamat. - Foto hiasan
MANILA: Polis Kebangsaan Filipina (PNP) merampas lebih 535,000 mercun haram bernilai lebih PHP2.5 juta (AS$45,000) bagi memastikan sambutan malam Tahun Baharu lebih selamat.
Agensi Berita Filipina melaporkan jurucakap PNP, Brig Jen Jean Fajardo, berkata sehingga pukul 6 pagi Selasa, sebanyak 535,960 mercun haram telah dirampas, sementara 34 individu ditahan.
Polis turut merekodkan 18 kes tembakan tidak terkawal dengan 13 suspek diberkas.
Selain itu, terdapat empat kes kecederaan akibat peluru sesat dan 172 kes kecederaan berkaitan mercun.
Fajardo turut mengingatkan penguat kuasa undang-undang supaya tidak melepaskan tembakan secara sewenang-wenangnya.
"Kami menggesa anggota polis agar tidak menggunakan senjata api semasa sambutan Tahun Baharu. Mereka seharusnya memberi tumpuan kepada melaksanakan tugas mereka," katanya dalam satu wawancara televisyen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis filipina
#rampas mercun
#sambutan malam Tahun Baharu
#PnP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan