awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Hong Kong hentikan penguatkuasaan undang-undang antitopeng

Agensi
Agensi
18/11/2019
12:07 MYT
Polis Hong Kong hentikan penguatkuasaan undang-undang antitopeng
Pihak polis Hong Kong mengumumkan akan menghentikan penguatkuasaan undang-undang anti-topeng selepas Mahkamah Tinggi memutuskan larangan itu tidak mengikut perlembagaan. Foto: Reuters
Pihak polis Hong Kong mengumumkan akan menghentikan penguatkuasaan undang-undang antitopeng selepas Mahkamah Tinggi memutuskan larangan itu tidak mengikut perlembagaan.
Menurut Penguasa Kanan Polis Hong Kong, Superintenden Li Kwai-wah, undang-undang antitopeng itu digunakan sebelum ini semasa perhimpunan haram tetapi keputusan penguatkuasaan diputuskan oleh mahkamah.
"Mahkamah mempunyai pendapat mengenai undang-undang ini (antitopeng), jadi kami sebagai jabatan yang menguatkuasakan undang-undang, akan menghentikan penguatkuasaan undang-undang ini sehingga diumumkan kelak," katanya.
Keputusan yang diumumkan oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin itu menyatakan bahawa larangan tersebut melanggar hak asasi melangkaui kewajaran dan justeru gagal memenuhi ujian imbangan.
Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk menggunakan larangan tersebut menerusi kuasa pada waktu kecemasan bulan lepas.
Pada Isnin, penunjuk perasaan dan polis rusuhan terus bertempur di luar sebuah universiti di Hong Kong.
BACA: Polis serbu universiti, ancam tembak penunjuk perasaan dengan peluru hidup
Difahamkan sejak beberapa hari lalu penunjuk perasaan membina kubu di kampus universiti bagi menyekat kemasukan polis ke dalam kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, polis rusuhan kini telah mengepung kawasan tersebut, sementara kumpulan berkenaan berusaha untuk keluar bagi mengelak ditahan.
Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata sehingga memaksa ratusan penunjuk perasaan kembali memasuki kawasan kampus.
BACA: Tangguh perjalanan tidak penting ke Hong Kong - Wisma Putra
Topic Berkaitan
#anti tepong
#Hong Kong
#Mahkamah Tinggi
#polis
#protes
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan