INTERNATIONAL
Polis rampas Audi RS Q8 milik bintang EPL kerana memandu tanpa lesen

Moises Caicedo. - Foto Astro ARENA
KENDERAAN pemain tengah Chelsea, Moises Caicedo, yang berjenama Audi RS Q8 telah dirampas pihak polis selepas dia didakwa memandu tanpa lesen yang sah.
Pemain kebangsaan Ecuador itu ditahan dalam kereta yang bernilai GBP125,000, berhampiran dengan pusat latihan kelab di Cobham, Surrey.
"Kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an telah ditahan oleh pegawai polis di Fairmile Lane di Cobham dan didapati memandu tanpa lesen," kata jurucakap Polis Surrey.
"Kenderaan itu telah dirampas, dan siasatan kami sedang dijalankan."Chelsea tidak mengulas mengenai isu tersebut.
Jika polis mendapati Caicedo telah melakukan kesalahan maka dia boleh dikenakan denda atau pendakwaan jenayah.
Caicedo berpindah ke England selepas menyertai Brighton dari Independiente del Valle pada 2021.
Chelsea menandatanganinya dengan yuran perpindahan mencecah GBP100 juta pada Ogos 2023.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami