awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas dadah dalam biji kopi dikirim kepada 'musuh John Wick'

Agensi
Agensi
17/07/2020
23:21 MYT
Polis rampas dadah dalam biji kopi dikirim kepada 'musuh John Wick'
Seorang lelaki berusia 50 tahun yang menunggang basikal muncul untuk mengambil bungkusan itu lalu ditangkap untuk siasatan lanjut. -Gambar hiasan
Polis di Lapangan Terbang Malpensa, Milan Itali merampas sejumlah kokain yang disembunyikan di dalam 500 butir kopi bersaiz besar dalam satu operasi baru-baru ini.
Bungkusan dikirim dari Medellin, Colombia yang melalui pemeriksaan di lapangan terbang berkenaan menarik perhatian pihak berkuasa.
Ia memaparkan nama "Santino D'Antonio", bos mafia dari filem aksi terkenal "John Wick" sebagai penerima bungkusan.
Sepasukan polis kemudian mengekori penghantaran bungkusan mengandungi 150 gram kokain berkenaan yang dialamatkan ke sebuah kedai tembakau di Florence.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki berusia 50 tahun yang menunggang basikal muncul untuk mengambilnya lalu ditangkap untuk siasatan lanjut.
Polis Itali merujuk operasi itu sebagai "Caffe Scorretto" iaitu bermaksud kopi yang tidak sempurna yang memerlukan ia diperbetulkan.
Topic Berkaitan
#biji kopi
#bos mafia
#Caffe Scorretto
#Colombia
#Dadah
#dadah dalam biji kopi
#Itali
#John Wick
#Santino D'Antonio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan