awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thailand tahan 4 warga Malaysia dipercayai masuk secara haram

Bernama
Bernama
17/02/2021
20:42 MYT
Polis Thailand tahan 4 warga Malaysia dipercayai masuk secara haram
Pihak berkuasa Thailand menahan empat lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai warganegara Malaysia kerana menyelinap masuk ke Thailand secara haram. -Gambar fail
NARATHIWAT:Pihak berkuasa Thailand menahan empat lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai warganegara Malaysia kerana menyelinap masuk ke Thailand secara haram.
Ketua Polis Tak Bai Kol Pol. Suthawet Thareethai berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi (waktu tempatan) hari ini, keempat-empat lelaki berumur antara 16 hingga 27 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah ditahan bersama dua warga tempatan yang dipercayai tekong darat di dalam sebuah kenderaan di daerah Tak Bai.
"Siasatan awal mendapati keempat-empat lelaki telah menyelinap masuk ke daerah Waeng, Narathiwat pada 15 Februari dan mereka sedang menunggu orang tengah untuk membawa mereka bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Pattani," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Beliau berkata keempat-empat lelaki itu akan didakwa Khamis kerana memasuki Thailand secara haram dan melanggar arahan kuarantin.
Untuk mengekang penularan COVID-19, Thailand mengenakan peraturan kemasukan ketat iaitu semua warga asing yang memasuki negara itu perlu menjalani kuarantin mandatori selama 14 hari, ujian saringan COVID-19 serta perlindungan insurans kesihatan bagi COVID-19 yang berjumlah tidak kurang daripada US$100,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#langgar arahan kuarantin
#masuk secara haram
#tak bai
#ujian saringan
#warga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan