Polis Tunisia bertempur dengan remaja di Kairouan selepas kematian seorang lelaki

Penunjuk perasaan di Kairouan bertindak membaling batu, bom petrol dan suar ke arah polis serta membakar tayar untuk menghalang jalan. - Foto X
TUNIS: Perbalahan antara pihak polis dan sekumpulan remaja tercetus untuk malam kedua berturut-turut di bandar Kairouan, tengah Tunisia, susulan kematian seorang lelaki yang didakwa meninggal dunia selepas dikejar dan dipukul oleh polis, menurut keluarganya.
Ringkasan AI
- Perbalahan antara pihak polis dan remaja di Tunisia berlanjutan selepas kematian lelaki yang didakwa meninggal selepas dikejar dan dipukul oleh polis, memunculkan kebimbangan protes meluas menjelang ulang tahun kebangkitan rakyat Tunisia pada Januari.
- Ketegangan meningkat di Tunisia dengan ribuan penunjuk perasaan menuntut penutupan loji kimia di Gabes atas alasan pencemaran alam sekitar, di samping seruan mogok nasional oleh Kesatuan Sekerja UGTT.
- Keluarga mangsa menegaskan akan terus protes besar-besaran jika pihak bertanggungjawab tidak diadili, sementara Gabenor Kairouan berjanji melakukan siasatan menyeluruh bagi menentukan punca sebenar kematian dan memastikan keadilan terlaksana.
Kesatuan sekerja berpengaruh, UGTT, turut menyeru mogok nasional bulan depan.
Menurut saksi, penunjuk perasaan di Kairouan bertindak membaling batu, bom petrol dan suar ke arah polis serta membakar tayar untuk menghalang jalan.
Polis bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan orang ramai.
Keluarga mangsa mendakwa lelaki tersebut, yang menunggang motosikal tanpa lesen, telah dikejar dan dipukul oleh polis sebelum dibawa ke hospital.
Dia kemudian melarikan diri dan disahkan meninggal dunia pada Jumaat akibat kecederaan di kepala.
Setakat ini, kerajaan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
Namun, ahli keluarga mangsa menegaskan mereka tidak akan berdiam diri dan akan melancarkan protes besar-besaran sekiranya pihak bertanggungjawab tidak diadili.
Bagi meredakan ketegangan, Gabenor Kairouan dilaporkan telah mengunjungi keluarga mangsa pada malam Sabtu dan berjanji akan membuka siasatan bagi menentukan punca sebenar kematian serta memastikan keadilan ditegakkan.
Presiden Tunisia, Kais Saied, sebelum ini membubarkan parlimen dan mula memerintah melalui dekri sejak 2021, dengan alasan mahu membanteras rasuah dan salah urus tadbir.
Namun, pihak pembangkang menyifatkan tindakan itu sebagai rampasan kuasa.
Beberapa kumpulan hak asasi manusia pula menuduh Saied menggunakan sistem kehakiman dan pasukan keselamatan untuk mengekang suara kritikan, dakwaan yang dinafikan oleh beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


