awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza

Bernama
Bernama
12/05/2025
04:00 MYT
Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza
Pope Leo berucap pada satu upacara pada Ahad, dari pejabat beliau yang menghadap Dataran St Peter di Vatican. - REUTERS
VATICAN: Pope Leo XIV pada Ahad menyeru agar gencatan senjata segera dilaksanakan di Semenanjung Gaza, sambil melahirkan rasa dukacita yang mendalam terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Seruan itu dibuat dalam ucapan yang disampaikan semasa upacara doa pada Ahad dari pejabat beliau yang menghadap Dataran St. Peter di Vatican, selepas dilantik sebagai Pope pada Khamis lepas, menggantikan Pope Francis yang meninggal dunia pada 21 April.
Pope Leo XIV menyentuh mengenai situasi di Gaza dan menyatakan bahawa beliau amat dukacita dengan apa yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.
Beliau menyeru agar "gencatan senjata segera dan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada orang awam yang sudah keletihan..."
Pope Leo XIV turut menyampaikan mesej berkaitan perkembangan antarabangsa, termasuk memperingati ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Beliau berkata: "Perang ini meragut 60 juta nyawa. Seperti yang kerap ditegaskan oleh mendiang Pope Francis, kita kini berhadapan dengan gambaran dramatik Perang Dunia Ketiga yang berlaku secara berperingkat."
Pope Leo XIV turut menggesa para pemimpin dunia, dengan menyatakan: "Saya merayu kepada kuasa besar dunia, dan saya mengulangi rayuan yang tetap teguh: jangan sekali-kali berperang lagi."
Hentikan peperangan di Ukraine dan Gaza, mesej pertama Pope Leo XIV
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pope Leo XIV
#gencatan senjata
#Gaza
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami