awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pound British susut hampir 3 peratus berbanding dollar US, paras terendah dalam sejarah

Bernama
Bernama
26/09/2022
08:57 MYT
Pound British susut hampir 3 peratus berbanding dollar US, paras terendah dalam sejarah
Pound British jatuh hampir tiga peratus berbanding dolar US pada pagi Isnin dan mencecah rekod paras terendah dalam dagangan awal, menurut data dagangan. - Gambar fail AFP
MOSCOW: Pound British jatuh hampir tiga peratus berbanding dolar US pada pagi Isnin dan mencecah rekod paras terendah dalam dagangan awal, menurut data dagangan.
Sputnik melaporkan setakat 04:46 GMT, paun susut 2.77 peratus kepada US$1.0555 daripada penutupan sebelumnya pada US$1.0856.
Pada kira-kira 01:00 GMT, mata wang itu menjunam ke paras terendah baharu kepada US$1.0384.
Pada masa sama, euro merosot kepada US$0.9635 berbanding dolar US berbanding penutupan sebelumnya pada US$0.969. Yen Jepun mencatat paras 144.06 setiap dolar US berbanding penutupan pada 143.32. Indeks dolar (kadar tukaran asing berbanding sekumpulan mata wang enam rakan dagangan AS) meningkat 0.68 peratus kepada 113.95 mata.
Pada Jumaat lepas, Canselor Perbendaharaan Kwasi Kwarteng United Kingdom (UK) melancarkan pelan pertumbuhan bernilai 60 bilion pound baharu bagi menyokong ekonomi negara itu, di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup.
Pelan itu termasuk membatalkan rancangan kenaikan cukai perbadanan, dengan mengekalkannya pada paras terendah dalam G20, pada 19 peratus.
Menurut Ray Attrill, ketua strategi mata wang di National Australia Bank, pelabur bimbang terhadap skala keperluan pembiayaan kerajaan UK untuk jangka pendek untuk pelan berbilion paun itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pound British
#dolar US
#Pound British susut
#mata wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan