Skip to main content

Dunia

Presiden Brazil kritik pelan tol Hormuz Trump sebagai pelanunan

Brazil's President Luiz Inacio Lula da Silva speaks during a ministerial meeting after Trump administration proposed a new punitive tariff of 25% on many imports from Brazil, at the Planalto Palace in Brasilia, Brazil, June 3, 2026. REUTERS/Adriano Machado
Da Silva mengecam hasrat Trump yang mendakwa AS akan bertindak sebagai "penjaga" Selat Hormuz dan menuntut surcaj kargo sebanyak 20 peratus untuk keselamatan. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada Isnin mengkritik cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengawal Selat Hormuz dan mengenakan bayaran transit sebanyak 20 peratus, menggelarnya sebagai "pelanunan", lapor Xinhua.

Lula membuat kenyataan itu semasa lawatan ke kemudahan makmal di Institut Teknologi Maua di Negeri Sao Paulo, sebagai respons terhadap siaran media sosial dan wawancara televisyen Trump sebelum itu.

Pemimpin AS berkenaan mendakwa negaranya akan bertindak sebagai "penjaga" selat berkenaan dan menuntut surcaj kargo sebanyak 20 peratus untuk keselamatan.

"Pada masa dahulu, ini dipanggil pelanunan,” kata Lula sambil menyatakan bahawa AS, sebuah negara yang telah lama memerangi pelanunan, tidak sepatutnya bertukar menjadi negara lanun.

Presiden Brazil itu menyifatkan inisiatif untuk mengenakan bayaran bagi transit maritim sebagai tidak demokratik dan tidak bertamadun, sambil menambah "tidak normal bagi seseorang mengambil kesempatan daripada tragedi untuk membuat wang" dengan mengorbankan orang lain.

Lula mengkritik sekeras-kerasnya kesan ekonomi yang lebih luas daripada konflik yang dipimpin AS ke atas negara yang tidak terlibat, menekankan bagaimana ketegangan global meningkatkan harga komoditi tempatan. "Kesan perang mempengaruhi harga kacang, beras dan tomato kami," katanya.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement